Analisis Strategi Penterjemahan Chengyu Ke Dalam Bahasa Melayu
Abstract
Chengyu ialah subkategori peribahasa Cina yang tersusun daripada empat aksara yang indah dan puitis serta mengungkapkan makna yang tertentu, sama ada secara tersurat ataupun secara tersirat. Makalah ini membincangkan strategi penterjemahan chengyu ke dalam bahasa Melayu. Data kajian melibatkan sejumlah 208 chengyu yang dikutip secara manual daripada novel Jia, karya susastera agung yang dihasilkan oleh sasterawan negara China, Ba Jin pada awal abad ke-20 dan terjemahannya berjudul Keluarga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1995). Kerangka teori yang dipilih secara eklektikmerangkumi definisi penterjemahan Larson (1984), definisi dan pengkategorian chengyu Wu Zhan Kun dan Wang Qin serta strategi penterjemahan chengyu Chen Wen Bo.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penterjemahan chengyubersifat dinamik. Didapati bahawa strategi penterjemahan yang diaplikasikan terpengaruh oleh tiga faktor yang utama, iaitu jenis chengyu yang hadir dalam teks sumber, konteks ayat kehadirannya serta kesamaan dan kelainan konsep pemikiran antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Antara strategi yang dikesan termasuklah strategi terjemahan lambang,terjemahan makna, terjemahan separa, pengguguran, terjemahan pragmatik dan terjemahan literal. Dalam hal ini, strategi terjemahan separa Chen boleh diperluas skopnya untuk dimanfaatkan dalam penterjemahan chengyu yang binaan hadapan mengandungi makna yang berlainan daripada makna binaan belakang. Kajian ini turut menemui dua strategi baharu, iaitu strategi serangkai yang melibatkan gabungan mana-mana dua strategi serta strategi pemberian padanan sejadi. Sesungguhnya, usaha penerokaan makna chengyu secara menyeluruh serta penerapan strategi penterjemahan yang sesuai dan berkesan amat mustahak bagi menjamin ketepatan penyalinan semula makna di samping mengekalkan lambang dan bentuk yang sama ke dalam bahasa sasaran.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Hussain. (1990). Kamus Simpulan Bahasa (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anzaruddin Ahmad. (2008). Terjemahan Simpulan Bahasa yang Terdapat dalam Hadis-Hadis Nabawi ke Bahasa Melayu. Dalam Abdullah Hassan et al. (Ed.). Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu (hlm.267-274). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Ba Jin. (1999). Jia (Keluarga). Selangor: United Publishing House (M) Sdn. Bhd.
Baker, M. (2011). In Other Words: A Coursebook on Translation (Second Edition). London & New York: Routledge.
Baker, M. (Ed.). (1988). Routledge Encyclopedia of Translation Studies. London & New York: Routledge.
Bao Hui Nan dan Bao Ang. (2004). Zhong Guo Wen Hua Yu Han Ying Fan Yi [Budaya China dan Terjemahan Bahasa Cina-Bahasa Inggeris]. Beijing: Waiwen Chubanshe.
Boh Phaik Ean dan Goh Sang Seong. (2013). Kehilangan Makna dalam Penterjemahan Chengyu ke dalam Bahasa Melayu. Kajian Malaysia. 31(1), 79-96.
Chan Hung Khuan. (2008). Satu Kajian Terjemahan Simpulan Bahasa daripada Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu dalam Teks: Wo De Zi Zhuan Lin Wu Tong (Cerita Saya Lim Goh Tong). Disertasi Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia.
Chan Sheung Wai. (2003). Some Crucial Issues on the Translation of Poetic Discourse From Chinese to English. GEMA Online® Journal of Language Studies.3(2), 1-25.
Chen Wen Bo. (2005). Ying Han Cheng Yu Dui Bi Yu Fan Yi [Perbandingan dan Penterjemahan Peribahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Cina]. Beijing: Shijie Zhishi Chubanshe.
Choo Puay Hin (pent.). (1995). Keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fu Huai Qing. (2011). Xian Dai Han Yu Ci Hui (Perbendaharaan Kata Bahasa Cina Kontemporari). Hong Kong: Shangwu Yinshuguan.
Goh Sang Seong. (2009).Pemindahan Lambang ‘Padi’ dalam Penterjemahan Peribahasa Melayu-Mandarin. Dalam Bahasa Melayu dalam Pembinaan Sahsiah dan jati Diri Negara Bangsa (hlm. 133-136). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Goh Sang Seong. (2010). Persamaan Lambang dalam Terjemahan Peribahasa Bahasa Melayu-Bahasa Mandarin. Looi Siew Teip et al. (Ed). Found in Translation. Kuala Lumpur: Universiti of Malaya.
Goh Sang Seong. (2011). The Translation Strategies of Malay Proverbs into Malay (Bahasa Cina). International Conference “Translation and Asian Studies”, 28-29 April 2011, The Chinese University of Hong Kong dan Stanford University, Hong Kong.
Goh Sang Seong. (2012). Kebolehterjemahan Budaya Tabiat Bahasa Cina-Bahasa Melayu. GEMA Online®Journal of Language Studies. 12(1), 183-199.
Imran Ho. (2011). Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris). GEMA Online® Journal of Language Studies. 11(1), 125-141.
Jin Di. (2003). Literary Translation: Quest for Artistic Integrity. Manchester: St. Jerome Publishing.
Kamus Cheng Yu Da Ci Dian [Kamus Besar Chengyu]. (2007). Beijing: Shangwu Yinshuguan.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. (Edisi Kedua). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Zhong Guo Cheng Yu Da Ci Dian [Kamus Besar
Chengyu China]. (1987). Shanghai: Shanghai Cishu Chubanshe.
Kamus Zui Xin Han Yu Da Ci Dian [Kamus Besar Bahasa Cina Terkini]. 2000. Selangor: United Publishing House (M) Sdn. Bhd.
Keris Mas. (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka.
Larson, M.L. (1984). Meaning-Based Translation: A Guide to Cross-Language Equivalence. London: University Press of America.
Li Jing Long (Ed.). (1994). Zhong Xue Bai Ke Quan Shu [Ensiklopedia Ilmu Seni Klasik China]. Beijing: Beijing Shifan Daxue Chubanshe.
Margarita Strakšienė. (2009). Analysis of Idiom Translation Strategies from English into Lithuanian. Studies About Languages. 14, 13-19.
Mohammed Menacere. (1992). Arabic Metaphor and Idiom in Translation. Meta: Translators’ Journal. 37(3), 567-572.
Mohd. Sukki Othman. (2005). Penterjemahan Peribahasa Arab ke Peribahasa Melayu: Analisis Faktor Budaya dan Persekitaran. Dalam Abdullah Hassan dan Low Kok On (Ed.).Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu (hlm.497-506). Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Muhammad Arsyad Abdul Majid dan Ghazali Yusri Abdul Rahman. (2009). Perbandingan Penggunaan Simbol Anggota Badan dalam Ungkapan Idiom Arab dan Melayu: Implikasinya kepada Amalan Penterjemahan. Dalam Hasuria Che Omar dan
Rokiah Awang (Ed.). Kelestarian Bidang Penterjemahan (hlm.173-180). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Neo Kian Sen, Heng Buai Chin dan Chew Fong Peng. (2011). Perbandingan Pandangan Dunia antara Kaum Melayu dengan Cina dalam Terjemahan Peribahasa. Noor Ida Ramli, Noridah Ardi dan Aini Aziz (Ed.). Globalisasi Melalui Terjemahan: Pemangkin Kecemerlangan Ilmu dan Teknologi (hlm.163-178). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. London: Prentice-Hall International.
Newmark, P. (1991). About Translation. Clevedon: Multilingual Matters Ltd.
Saidatul Nornis Hj. Mahali dan Mohd. Rasdi Saamah. (2013). Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai. Gema Online®Journal of Language Studies. 13(1), 83-98.
Tang Lai Chan. (2006). Peribahasa Melayu dan Peribahasa Cina: Satu Perbandingan Sintaksis. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Tengku Azeezeen Tengku Shamsudden. (2008). Unsur Haiwan dalam Peribahasa Melayu dan Cina: Satu Perbandingan. Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya.
Wu Zhan Kun dan Wang Qin. (1983). Xian Dai Han Yu Ci Hui Gai Yao [Asas Perbendaharaan China Moden]. Huhehaote Shi: Neimenggu renmin chubanshe.
Za‘ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021