Tahap Penggunaan dan Sikap Terhadap Bahasa Kebangsaan di Bandaraya Kuching, Sarawak (A Study on the Standard of National Language Usage in Kuching City, Sarawak)

Wan Robiah Meor Osman, Hamidah Abdul Wahab, Remmy Gedat, Rosnah Mustafa, Siti Marina Kamil, Rusmadi Baharudin, Santrol Abdullah

Abstract


Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara yang digunakan dalam pelbagai konteks, sama ada urusan rasmi, mahupun komersil. Penggunaan bahasa yang baik dan betul dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk sikap pengguna bahasa. Kajian ini meneliti tahap penggunaan bahasa kebangsaan (BK) di papan-papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kajian ini juga meninjau sikap orang awam terhadap penggunaan BK di tempat awam sekitar bandaraya Kuching. Kajian lapangan ini memanfaatkan gambar-gambar papan tanda premis perniagaan, kain rentang dan gegantung di sekitar Kuching, manakala soal selidik menggunakan Google Form diedarkan kepada 351 orang responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan pendekatan Zaharani Ahmad et al. (2010) untuk melihat tahap penggunaan BK. Data daripada soal selidik pula memfokus kepada lima dimensi, iaitu (i) penguatkuasaan; (ii) kesetiaan bahasa; (iii) kebanggaan bahasa; (iv) norma bahasa; dan (v) iltizam (hasrat/harapan). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan BK bagi kedua-dua PBT, iaitu DBKU dan MBKS bagi kategori premis perniagaan, kain rentang dan gegantung adalah sangat rendah dan kurang memuaskan. Dari segi sikap masyarakat terhadap BK, dapatan menunjukkan kebanyakan responden menyokong pemartabatan BK dalam paparan awam menerusi kelima-lima dimensi yang diteliti. Hal ini jelas menunjukkan bahawa responden mempunyai persetujuan yang tinggi terhadap kepentingan memartabatkan BK di Bandaraya Kuching. Implikasinya, usaha lebih gigih daripada pelbagai pihak  terutamanya PBT untuk terus mengukuhkan penggunaan BK di kawasan pentadbirannya menerusi usaha-usaha pemantapan dan penguatkuasaan undang-undang amat perlu digiatkan kerana walaupun responden kajian menunjukkan sikap positif terhadap kepentingan pemartabatan BK di tempat awam, namun realiti dapatan menunjukkan tahap penggunaan BK berada pada tahap lemah.

 

Kata kunci: Bahasa Kebangsaan; tahap penggunaan bahasa; sikap bahasa; norma bahasa; pemartabatan bahasa

 

ABSTRACT

 

The Malay language being the country’s national language is used in multi-context, be it official affairs or commercial use. The appropriate and accurate use of the Malay language is influenced by a multitude of factors including users’ attitude. This study analysed the standard of the National Language (BK) usage on signboards namely business signage, banners, and buntings located in areas under the jurisdictions of Kuching North City Hall (DBKU) and Kuching South City Hall (MBKS). It also reviews the public’s sentiment towards the use of the national language at public spaces throughout Kuching city. The field work approach benefited images of business premises signage, banners and buntings around Kuching and a survey was done using the Google Form distributed to 351 respondents. The research data was analysed using the approach proposed by Zaharani Ahmad et al. (2010) in order to determine the standard of BK used. The data from the survey focused on five dimensions, namely (i) enforcement, (ii)language loyalty, (iii) language pride (iv) language norms, and (v) aspiration. The findings revealed that the standard of BK used under both the DBKU and MBKS jurisdictions, in all three categories of business premises signage, banners and buntings at public spaces, were at a very low and unsatisfactory level. From the perspective of the public’s attitude towards BK, it was found that the respondents support the dignification of BK in public signage through all five dimensions studied. This clearly suggests that the respondents collectively, regardless of race and age group, support the importance of upholding the national language in the city of Kuching. The implication is, an increased effort from various parties, especially the PBT, to enhance and strengthen the use of BK in their jurisdiction should be made accordingly as despite the positive attitude shown by the public towards the importance on the use of BK at public spaces, the findings of this study have shown that the standard of use is very low.

 

Keyword: National language; standard of national language use; language attitude; language norm; language dignification


Full Text:

PDF

References


A. Aziz Deraman. (2017). Pemerkasaan bahasa Melayu di negara Bangsa Malaysia merdeka. Kertas kerja dalam Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena ulang tahun hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Meru, Ipoh Perak, 5-7 Februari 2017.

Abd Rashid, A. R. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Cergas (M) Sdn. Bhd.

Aiken, L. R. (2000). Psychological Testing and Assessment. Ed. Ke-10. Boston: Allyn & Bacon.

Asmah Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2014). Strategi menjayakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 1(1), 1-18.

Awang Sariyan. (2017). Pemikiran Awang Sariyan dalam Pemartabatan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Ibrahim Salleh. (2017). Dasar bahasa kebangsaan dlm Nik Safiah Karim (Ed.). Perancangan Bahasa Ideologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fariza Md. Sham, Rohana Tan, Mohd Najib Adun, Azmah Ishak, Hamidah Erman, Rohazaini Hasan, Siti Noraida Sood, & Harun Bintang. (2018). Penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies, 18(1), 176-197.

Haizol Nizal. (2020). Hanya bahasa kebangsaan sahaja di papan tanda-DBKU. Sarawak News Network. Diakses pada 8 Julai 2021 daripada https://sarawaknewsnetwork.com/hanya-bahasa-kebangsaan-sahaja-di-papan-tanda-dbku/

Hashim Musa dan Rozita Che Rodi. (2014). Peranan Bahasa Melayu dan Legasi Sejarah Penubuhan Malaysia dalam Penyemaian Cinta akan Negara Bangsa Malaysia. Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu MAHAWANGSA, 1(1), 19-41.

Idris Aman, Mohammad Fadzeli Jaafar & Norsimah Mat Awal. (2015). Dialek Negeri Sembilan: Sikap, Kefahaman dan Jati Diri. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman. (2016). Bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi di rantau ASEAN: Suatu perspektif. Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 3(1), 211-219.

Iwa Sobara & Dewi Kartika Ardiyani. (2013). Sikap bahasa mahasiswa laki-laki dan perempuan di jurusan Sastra Jerman Universitas Negeri Malang. Jurnal Bahasa dan Seni, 41(1), 93-105.

Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara dari bawah. Kota Samarahan: Penerbit UNIMAS.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Masitah Muhammadin, Rohaidah Kamaruddin, & Sharil Nizam Sha’ri. (2018). Penggunaan bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(1), 41-50.

Mohammed Zin Nordin, Mohd Taib Ariffin, Khairul Azam Bahari, & Siti Muniran Md. Zukhi. (2014). Analisis kesalahan penggunaan bahasa papan tanda perniagaan. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 330-349.

Mohd. Syuhaidi Abu Bakar & Allifluqman Mohd Mazzalan. (2018). Aliran pertuturan bahasa rojak dalam kalangan pengguna Facebook di Malaysia. Jurnal e-Academia, 7(1), 61-71.

Mueller, D. J. (1986). Measuring Social Attitudes. New York: Teachers College.

Nik Safiah Karim (Ed.). (2017). Sikap terhadap bahasa kebangsaan. Perancangan Bahasa Ideologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazuna Norahim. (2017). Kedudukan bahasa kebangsaan di Sarawak. dlm Nik Safiah Karim (Ed.). Perancangan Bahasa Ideologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sa’adiah Ma’alip. (2011). Sikap bahasa dan identiti: Kajian kes masyarakat Narum, Sarawak. Jurnal Melayu, 6, 57-72.

Safiah Ahmad, Shahdatulakma Ahmad, & Azlina Md Sadik. (2016). Kelestarian bahasa Melayu pada papan kenyataan. Journal of Education and Social Sciences, 5(2), 66-72.

Shalizaini Uyob & Che Ibrahim Salleh. (2017). Jati diri bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN. Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 4(1), 33 – 48.

Sharifah Darmia Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia, 1957-1966. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 305 – 315.

Silviana Masran. (2018). Analisis penggunaan bahasa pada papan tanda iklan di Kuala Lumpur (Kajian Sosiopragmatik). Al-Islah: Jurnal Pendidikan, 10(2), 244-254.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim, & Ku Hasnita Ku Samsu. (2017). Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(2), 105-122.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab Halim, & Ku Hasnita Ku Samsu. (2017). Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. GEMA Online(R) Journal of Language Studies, 17(2), 105-122.

Teo Kok Seong. (2017). Konsep ideologi bahasa kebangsaan. Perancangan Bahasa Ideologi Bahasa Melayu. dlm Nik Safiah Karim (Ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Borneo Post. (2012). The Evolution of Kuching’s Retail Sector. Diakses pada 30 Ogos 2021 daripada https://www.theborneopost.com

The Sarawak Government Gazette Part IV. (2012). Diakses pada 30 Ogos 2021 daripada https://dbku.sarawak.gov.my/modules/web/download_show.php?id=297

Zaharani Ahmad, Mustaffa Omar, Wan Patanah Wan Yussoff, Aminah Awang Basar, Shariffulizan Malek, & Siti Suhana Mohd Amir. (2010). Laporan Kajian Tahap Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, Mustaffa Omar, Wan Patanah Wan Yussoff, Aminah Awang Basar, Shariffulizan Malek, & Siti Suhana Mohd Amir. (2011). Tahap penggunaan bahasa Melayu di tempat awam: Satu kajian. Diakses pada 10 Julai 2021 daripada https://www.scribd.com/doc/217554728/Kajian-Tahap-BM-Tempat-Awam

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Bahasa kebangsaan dalam masyarakat multibahasa: Amalan di Malaysia dlm Nik Safiah Karim (Ed.). Perancangan Bahasa Ideologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Shamsudin Othman, Alizah Lambri, & Hadi Hassan. (2020). Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 27-36.

Zulkifley Hamid, Rahim Aman, & Karim Harun. (2010). Sikap terhadap bahasa Melayu: Satu kajian kes di pantai timur semenanjung. Jurnal Melayu, 5, 163-176.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2022-2202-09

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021