Analisis Vokal /ɑ/ di Akhir Kata dalam Dialek Melayu di Hilir Pahang (Analysis of Vowel /ɑ/ at the End of Words in the Malay Dialect in Hilir Pahang)

Khairul Ashraaf Saari, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan

Abstract


Kajian ini merupakan suatu analisis vokal /ɑ/ di Hilir Pahang berlandaskan hasil dapatan dua kajian dialek tradisional oleh Asmah Haji Omar dan Ismail Husin. Penelitian kajian dialek geografi khususnya di Pahang ini amat kurang diperinci secara jelas telah menjadi asbab utama perbincangan artikel ini dihasilkan. Objektif artikel adalah untuk mengenal pasti perubahan variasi fonologi yang tersebar serta untuk memperjelaskan perubahan yang dialami di sepanjang hilir Pahang. Metodologi penyelidikan menggunakan kaedah kajian lapangan dengan penglibatan 320 orang informan yang terdiri daripada golongan tua, dewasa dan remaja. Ianya meliputi 40 buah kampung di tiga buah daerah hilir Pahang, iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin. Analisis kajian diperjelaskan menerusi dua jenis angkubah iaitu linguistik dan non-linguistik. Angkubah linguistik akan ditelusuri menerusi pengaplikasian atur rumus fonologi yang asas bagi menjelaskan perubahan dialek yang berlaku, manakala angkubah non-linguistik pula akan meneliti aspek seperti sosiobudaya, sosioekonomi, geografi dan sejarah dalam merungkai asbab penyebaran sesuatu dialek. Fokus kajian tertumpu pada kehadiran vokal /ɑ/ diikuti konsonan nasal suku kata akhir. Hasil kajian mendapati wujud inovasi pada kawasan yang dikaji. Tuntasnya, artikel ini merangkumkan bahawa sebanyak 4 jenis dialek yang berjaya ditemui iaitu dialek Pekan, dialek Hilir Pahang, dialek Pesisir Pantai Terengganu dan dialek Kelantan. Penelitian kajian ini diperkukuhkan bersama paparan peta isoglos yang dijana melalui perisian Geographical Information System (GIS). Jelasnya, artikel ini telah menyumbang kepada dimensi kajian dialek geografi baharu menerusi penerapan analisis berasaskan teknologi GIS serta mengorak langkah dalam mengintegrasi disiplin non-linguistik dalam kajian dialek bagi merungkai pemerolehan data yang lebih menyeluruh.

 

Kata Kunci:  Dialek Melayu Hilir; Dialek Pahang; Geographical Information Systems (GIS); Geolinguistik; Isoglos

 

ABSTRACT

 

This study is focusing on the analysis of the vowel /ɑ/ in Hilir Pahang based on the findings of two traditional dialect studies by Asmah Haji Omar and Ismail Husin. Research on the geographical dialects, especially in Pahang, is not clearly detailed and has become the main reason for the discussion of the article. The objective of the article is to identify the changes in phonological variations that are spread as well as to clarify the changes experienced in the lower part of Pahang. The research methodology uses fieldwork methods with the involvement of 320 informants consisting of the elderly, adults, and teenagers. Its covers 40 villages in three districts hilir Pahang, which are Kuantan, Pekan, and Rompin. The analysis of the study is explained through two types, linguistic and non-linguistic analysis. Linguistic analysis will be explored through the application of the basic phonological  rules to explain dialect changes, while non-linguistic analysis will examine aspects such as socio-cultural, socioeconomic, geography, and history in unraveling the causes of the spread of a dialect. The focus of the study is on the presence of the vowel /ɑ/ followed by the nasal consonant of the final syllable. The results of the study found that there was innovation in the area studied. In conclusion, this article summarizes that there are 4 types of dialects that have been successfully found, namely Pekan dialect, Hilir Pahang dialect, Terengganu Coastal dialect, and Kelantan dialect. The research of this study is strengthened with the display of isogloss maps generated through Geographical Information System (GIS) software. Clearly, this article has contributed to a new dimension of geographical dialect studies through the application of GIS technology-based analysis as well as making strides in integrating non-linguistic disciplines in dialect studies to unravel more comprehensive data acquisition.

 

Keywords: Downstream Malay Dialect; Pahang dialect; Geographical Information Systems (GIS); Geolinguistics; Isoglosses


Keywords


Geolinguistik, Dialek Melayu Hilir Pahang, Geographical Information Systems

Full Text:

PDF

References


Amir Imran Bin Jamil & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2018). Variasi leksikal Dialek Melayu di Negeri Kedah: Kajian Geolinguistik. Tesis Sarjana UKM.

André-Georges Haudricourt. (2018). The origin of tones in Vietnamese. HAL Id: halshs- 01678018https://halshs.archives-ouvertes.fr/halshs-01678018

Asmah Hj. Omar. (1977). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Ed 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, James T. (1996). Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Collins, James T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, James T. (1999). Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Nurulafiqah Suhaimi. (2012). Kata Soal Dalam Dialek Kedah. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(2), 475-493.

Ismail Hussein. (1973). Malay Dialects in The Malay Peninsular. Nusantara, 3, 63-79.

Jamal Rizal, Razali & Imaduddin, Abidin. (2016). Dialek Keturunan Tok Linggi dalam Kerangka Kearifan Tempatan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1(2), 92-105.

Jun, S. (2005). Intonational Phonology of Seoul Korean Revisited. UCLA: Department of Linguistics. Retrieved from https://escholarship.org/uc/item/90d6532f

Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi & Khairul Ashraaf Saari. (2019). Varian Kata Ganti Nama Dialek Melayu Pekan, Pahang: Analisis Geolinguistik. Seminar Linguistik Kebangsaan (Slik 2019). 1-29.

Marlyna Maros. (2009). Dialek Pekan: penggunaan dan pengekalan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Linguistik (SKALI 09). Anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 10-11 Mac.

Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Ekhwan Toriman, Nur Hishaam Sulaiman, Frankie Marcus Ata, Muhammad Barzani Gasim , Asyaari Muhamad, Wan Adi Yusoff, Mazlin Mokhtar, Mohammad Azizi Amran & Nor Azlina Abd Aziz. (2015). Klasifikasi Sungai Tropika Menggunakan Teknik Kemometrik: Kajian Kes

Di Sungai Pahang, Malaysia. Malaysian Journal of Analytical Sciences. 19(5), 1001-1018.

Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A. H. (2010). Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasaskan Jaringan Sungai. Jurnal Melayu, 5, 315-332

Mohd Tarmizi Hasrah. (2018). Analisis sejarah fonologi dan pengelompokan dialek Melayu hulu di bahagian timur Semenanjung Malaysia. Tesis doktor falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Tarmizi Hasrah. (2019). Penasalan Vokal Dalam Dialek Melayu Hulu Pahang. Jurnal Bahasa, 19(2), 199-230.

Nor Hashimah Jalaluddin, Maizatul Hafizah Abdul Halim, Harishon Radzi & Junaini Kasdan. (2017). Penyebaran Dialek Melayu Di Langkawi: Analisis Geolinguistik. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(4), 159-178.

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad & Harishon Radzi. (2016). Variasi Kata Ganti Nama Dialek di Pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). GEMA Online® Journal of Language Studies, 16(1), 109-123.

Nor Hashimah Jalaluddin, Wan Athirah Wan Halim & Khairul Ashraaf Saari. (2021). The Continuum Of Terengganu Dialect Along The East Coast Malaysia: A Geolinguistic Study. Journal Of Nusantara Studies (Jonus), 6(1), 176-198.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 310-330.

P. Jeszenszky, Yoshinoubu H. & Keiji Y. (2019). Lexical variation in Japanese dialekcts revisited: Geostatistic and dialectometri analysis. Abstracts of the ICA 1:1-9. Jun 2019.

Preston, Dennis R. (2010). Perceptual Dialectology in the 21st Century. Dlm. C.A Anders, M. Hundt, & A. Lasch (pnyt.), Perceptual dialectology. (hm. 130). Neue Wege der Dialektologie (Linguistik - Impulse & Tendenzen). Berlin: Mouton de Gruyter.

Rohani Mohd Yusof. (2003). Kuala Kangsar Sebagai Zon Transisi Dialek. Jurnal Bahasa, 3(3), 588-606.

S. Teerarojanarat & M.R. Kalaya Tingsabadh. (2020). Revisiting a Spatial View of Dialect Change in Northeast, Thailand. Proceedings of the First Annual Meeting of the Geolinguistic Society of Japan 2019 年10 月4・5・6 日di Aoyama Gakuin University

Siti Noraini, Nor Hashimah dan Zaharani Ahmad. (2015). Penyebaran Leksikal [air] Di Perak: Analisis Geo-Spatial. Conference: Seminar Linguistik Kebangsaan.

Sulalat al Salatin. (1997). Terbitan bersama Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. (Edisi Pertama).

Walker, R. L. (1998). Nasalization, Neutral Segments, and Opacity Effects (Doctoral dissertation). University of California, Santa Cruz.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2022-2204-09

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021