Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin, Zaharani Ahmad

Abstract


Kedatangan agama Islam ke alam Melayu telah membawa pengaruh yang cukup besar
bukan sahaja dalam aspek cara dan gaya hidup, malah merangkumi juga elemen bahasa
dan pemikiran. Fenomena ini dapat dilihat daripada pertambahan kosa kata Arab yang
memperkaya perbendaharaan kosa kata Melayu. Antara isu yang ingin diketengahkan
dalam kajian ini adalah sesetengah kosa kata Arab telah mengalami peluasan makna dan
makna yang asal tidak lagi menjadi teras. Perubahan ini berlaku ekoran daripada
penggunaannya mengikut konteks dan sosiobudaya Melayu. Entri yang dikaji adalah
entri ‘alim’ dan pemilihan entri ini daripada kamus Dewan Edisi Ke-4 (2007), adalah
berdasarkan pemilihan entri bahasa Arab yang berpolisemi dengan tujuan untuk melihat
sejauh manakah berlaku peluasan makna berpandukan data korpus. Sebanyak 470 data
konkordans ‘alim’ di dalam korpus 5 juta UKM-DBP serta pangkalan data DBP telah
dianalisis. Analisis mendapati bahawa makna ‘alim’ telah meluas kepada makna-makna
lain dan berbeza dengan dapatan kamus (Kamus Dewan Ed-ke 4, 2007). Setiap peluasan
ini adalah bermotivasi dan bukan wewenang. Berteraskan teori semantik kognitif dengan
memanfaatkan teori prototaip, kategori jaringan radial, skema imej, metafora konsepsi
dan metonimi setiap motivasi peluasan makna dapat dijelaskan secara berpada.


Keywords


teori prototaip, kategori jaringan radial, skema imej, metafora konsepsi, metonimi.

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan kata Arab dalam bahasa Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Benjamin, K. Tsou. (2009). Language contact and lexical innovation. Telah dimuat turun 20 January 2011, dari http://www.wsc.uni-erlangen.de/pdf/tsou.pdf

Campbell, S. (2009). The influence of Arabic on Indonesia and Malay-Linguistic, histography and scholarly journey. University Western Sydney. Telah dimuat turun 20 January 2011, dari www.hrelp.org/events/seminars/abstracts/campbell_abstract.pdf

Ibrahim Ahmad. (1994). Perkamusan Melayu suatu pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imran Ho Abdullah. (2000). Peluasan semantik kata sifat rasa: Manis, pahit, masin dan tawar. Jurnal Dewan Bahasa, 44(5), 563-572.

Jyh Siu Wee. (2009). Globalization and a shifting Malay. Telah dimuat turun 20 Januari 2011, dari http://hss.fullerton.edu/linguistics/cln/Sew-English%20Influence.pdf

Kamus Al Jadid Arab- Melayu. (1983). Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota.

Lakoff, G. (1987). Woman fire and dangerous things: What categories reveal about the mind. Chicago: Chicago University Press.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan Pen- Dalam Bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 9(2), 57-72.

Nor Hashimah Jalaluddin & Hawiyah Baba. (2007). Masalah polisemi dalam perkamusan: satu penyelesaian semantik kognitif. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt.), Linguistik: Teori dan Aplikasi (hlm. 186-207). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. (2008). Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik: Satu analisis semantik kognitif. Jurnal e-Bangi. 3(3), 1-32.

Nor Hashimah Jalaluddin & Nurul Huda Mohd Saad. (2010). Peluasan makna imbuhan Ber-: Analisis Semantik Kognitif. GEMA Online TM Journal of Language Studies, 10(1), 103-123.

Noresah Baharom. (1993). Pengendalian homonimi dalam kamus Melayu dan Inggeris. Jurnal Dewan Bahasa. 37(3), 256-261.

Norsimah Mat Awal. (2007a). Penuh, kecil dan besar: analisis perluasan makna dari sudut teori protaip. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pynt). Linguistik: Teori dan aplikasi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norsimah Mat Awal. (2007b). Dari buah yang lunak ke angin yang lunak: Analisis peluasan makna kata adjektif indera. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pynt). Linguistik: Teori dan aplikasi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rusmadi Hj. Baharudin. (2005). Pemerian polisemi:`datang’: Satu analisis linguistik kognitif. Jurnal Bahasa 5(4), 23-39.

Sidi Gazalba. (1983). Islam dan perubahan sosiobudaya: Kajian Islam tentang perubahan masyarakat. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Tangco, Roberto.D de & Nalasco, Ricardo. Ma. (2009). “Taglish” Verbs: How English loanwords make into Philippines language. Telah dimuat turun 20 Januari 2011, dari

http://sealang.net/sala/archives/pdf8/tangco2002taglish.pdf

Thomason, S.G. (2009). Arabic in contact with other language. Telah dimuat turun 20 Januari 2011, dari http://www-personal.umich.edu/~thomason/temp/arabic.pdf

Titima Suthiwan. (1997). Malay lexical element in Thai. Tesis Doktor Falsafah. University of Hawai’i.

Wardhaugh, R. (1986). An Introduction to sociolinguistics. Oxford: Basil Blackwell.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021