Penguasaan Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Iban

Zamri Mahamod, Magdeline anak Nor

Abstract


Keberkesanan dan kepakaran seseorang guru bahasa Iban dapat dinilai melalui teknik pengajarannya. Kajian ini dijalankan berdasarkan konsep pengetahuan guru yang diperkenalkan oleh Shulman (1986), iaitu Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka dan meneliti secara mendalam PPIK yang dimiliki oleh guru bahasa Iban sekolah menengah di Sarawak.  Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui bagaimana PPIK ini dilaksanakan dalam bentuk penaakulan pedagogi dan tindakan guru semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk kajian kes.  Empat orang guru bahasa Iban dari Pejabat Pendidikan Daerah Subis, Sarawak dipilih untuk menyertai temu bual dan pemerhatian. Data kajian berbentuk transkrip temu bual dianalisis dengan bantuan perisian Nvivo 8. Kajian ini mendapati bahawa PPIK guru-guru bahasa Iban dipengaruhi oleh disiplin ilmu masing-masing kerana kesemua guru bahasa Iban mempunyai latar belakang pengkhususan yang berbeza-beza. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan PPIK yang ketara antara guru berpengalaman dengan guru baru. Sebaliknya, faktor berpengalaman guru hanya menjadi faktor sampingan. Kesimpulannya, PPIK guru-guru bahasa Iban ini banyak dipengaruhi oleh latar belakang pengkhususan mereka. 


Keywords


Pengetahuan pedagogi isi kandungan, bahasa Iban, guru bahasa Iban, pengajaran bahasa Iban, kajian kes.

Full Text:

PDF

References


Abdul Shatar Che Abd Rahman. (2007). Pengetahuan kandungan dan pedagogi guru Pendidikan Moral tingkatan 4 di sebuah sekolah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Asmah Hj. Omar. (1981). The Iban language of Sarawak: A grammatical description. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (1993). Perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Iban dari segi sejarah. Dlm. Nik Safiah Karim (pnyt). Tinta sejarah (hlm. 39-55). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Chemaline anak Osup. (2006). Leka main puisi rakyat Iban: Satu analisis bentuk dan fungsi. Tesis Doktor Falsafah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Grasha, A. F. (1996). Teaching with styles: A practical guide to enhance learning by understanding learning and teaching styles. NewYork: Alliance Publisher.

Ismail Jusoh. (1991). Kajian bandingan fonologi bahasa Melayu dan bahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa, 35(2), 146-172.

Lambat anak Lindong. (2007). Sejarah bahasa Iban di sekolah di Sarawak. Unit Bahasa Etnik, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lilia Halim, Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar & Tamby Subahan Meerah. (2001). Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Fizik dan bukan Fizik melalui pengajaran eksplisit dan implisit. Jurnal Pendidikan, 26, 65-80.

Magdeline anak Nor. (2008). Sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Iban dan pertaliannya dengan gaya pengajaran guru. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Norasliza Hassan & Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih Matematik sekolah menengah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi Malaysia pada 11-12 Oktober.

Nurul Hudaa Hassan, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof & Kamarulzaman Abdul Ghani. (2010). Pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi tajuk Isim Ai-Adad Wa Al-Ma’dud dalam kalangan guru bahasa Arab sekolah menengah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah, 2, 31-42. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahim Aman. (1997). Kebersamaan morfologi kelompok Ibanik dan Inovasi {Di} Ibanik + Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 41(9), 842-846.

Rahim Aman. (2006). Perbandingan fonologi dan morfologi bahasa Iban, Kantuk dan Mualang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

Rosniah Mustaffa. (2007). Mengadaptasikan gaya

pembelajaran murid ESL: Satu kajian kes murid tahun satu di UKM. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 7(1), 1-32.

Sarawak Government Official Portal. (2010). Sarawak. Telah dimuat turun 10 Ogos 2010, dari http://www.sarawak.gov.my

Shahidi Abd. Hamid. (2000). Analisis fonologi bahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa, 44(4), 434-444.

Shimon, J. M. & Brawdy, P. (2001). A good teacher can teach anything? Annual Meeting of the Western College Physical Education Society, Reno, NV, 10-12 Oktober 2001.

Shulman, L. (1986). Knowledge and teaching: Foundation of new reform. Havard Educational Review, 57(1), 1-22.

Solis, A. (2009). Pedagogical content knowledge: what matters most in the professional learning of content teachers in classrooms with diverse student populations. Intercultural Development Research Association (IDRA) newsletter. Telah dimuat turun 10 Julai 2010, dari http://www.idra.org

Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2005). Pengetahuan pedagogi isi kandungan bagi tajuk ‘Pecahan’ di kalangan guru matematik sekolah rendah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Unit Bahasa Etnik. (2007). Laporan mesyuarat pegawai bahasa Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan/Daerah Kecil: Status pelaksanaan mata pelajaran bahasa etnik di sekolah (Iban, Kadazandusun dan Semai). Holiday Inn Kuching, 6-9 Mei 2007. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Unit Bahasa Etnik. (2010). Data bahasa Iban sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut daerah di Sarawak. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Utusan Malaysia. (2002). Pisahkan isu penguasaan bahasa Inggeris. Telah dimuat turun 28 Ogos 2010, dari http://utusan.com.my

Veal, W.R & Makinster, J.G. (1999). Pedagogical content knowledge taxanomies. Eletronik Journal of Science Education. Telah dimuat turun 25 Ogos 2010, dari http://unr.edu/homepage/crother/ejse/vealmak.html

Yin, R.K. (1994). Case study research: design and methods (2nd edition). Thousand Oaks, CA: Sage Publications, INC.

Zaidah Yazid. (2005). Pengetahuan pedagogikal kandungan guru Matematik Tambahan berpengalaman: Satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021