Analisis Berasaskan Korpus Dalam Menstruktur Semula Kedudukan Makna Teras Leksikal Setia

Hishamudin Isam, Norsimah Mat Awal

Abstract


Kekreatifan penutur memanipulasi penggunaan leksikal telah menyebabkan semakin banyak makna baru timbul dan makna-makna ini ada yang berpotensi untuk dirakamkan dalam kamus.  Keadaan ini menyebabkan suatu penstrukturan makna bagi sesuatu leksikal perlu dijalankan untuk menyusun semula kedudukan makna sedia ada dan makna-makna baru tersebut.  Proses penstrukturan semula boleh dimulakan dengan meneliti kedudukan makna teras bagi sesuatu leksikal, sama ada wajar dikekalkan, patut diganti kedudukannya dengan makna pinggiran atau makna baru yang berpotensi untuk dirakam, atau juga digugurkan kerana makna tersebut tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.  Kajian ini akan cuba menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal berkaitan nilai iaitu setia.  Tatacara analisis kajian ini dijalankan ialah dengan meneliti setiap ayat yang menggunakan leksikal setia.  Makna leksikal tersebut dapat ditentukan dengan memahami keseluruhan konteks ayat.  Setiap makna yang diramalkan terhasil akan dikelompokkan dalam kategori makna berasaskan domain yang mendasari makna leksikal tersebut.  Hasil dari pengelompokan ini, akan diketahui jumlah makna yang paling kerap digunakan dalam data, dan juga dapat dikenal pasti makna apa yang diramalkan lebih berkesan atau lebih berupaya untuk menjelaskan makna-makna yang lain.  Hasil kajian mendapati, makna teras leksikal setia masih kekal dalam bentuk metaforikal iaitu teguh hati.  Dari data korpus yang dijadikan sandaran, didapati makna teguh hati sebagai makna teras setia bukan sahaja dapat menunjukkan kepelbagaian bentuk penggunaan, malah terdapat bukti yang dapat menjelaskan perkaitan motivasi struktur konseptual dalam menetapkan makna teguh hati sebagai makna teras leksikal setia.

 


Keywords


nilai, setia, makna teras, penstrukturan makna, pemetaan domain.

Full Text:

PDF

References


Asmah Haji Omar. (1993). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Audit Bureau of Circulations. (2007). Return of average next circulation of newspapers and magazine for the period of 1st Julai 2006 -30th June 2007. Approved by ABC Board Directors on 18 Oct. 2007, presented on 5th Dec. at Eastin Hotel, Kuala Lumpur.

Bennet, T. (1992). Media, reality, signification. In M. Gurevitvh, T. Bennet, J. Curran, & J. Woollacott (Eds.), Culture, society, and the media (pp. 285-307). London: Methuen.

Brugman, C. M., & Lakoff, G. (1988). Cognitive topology and lexical network. In G. W. Cottrel, S. Small, & M. K. Tannenhause (Eds.), Lexical ambiguity resolution: Perspektif from psycolinguistics, neuropsycology, and artificial intelligence (pp. 477-508). San Mateo, CA: Morgan Kaufman Pub.

Dirven, R., & Verspoor, M. (1998). Cognitive exploration of langauge and linguistics. Ámsterdam: John Benjamín Pub. Com.

Hanks, P. (2009). The impact of corpora on dictionaries. In P. Baker (Ed.), Contemporary corpus linguistics (pp. 214-236). New York: Continuum International Publishing Group.

Kamus Dewan Edisi Pertama. (1970). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lakoff, G. (1987). Women, fire, and dangerous things: What categories reveal about the mind. Chicago: University of Chicago Press.

Leech, G. (1997). Introducing corpus annotation. In R. Garside, G. Leech, & T. McEnery(eds.), Corpus annotation: Linguistics information from computer text corpora (pp. 1-18). London: Longman.

Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat kini di pasaran. (Atas Talian). Telah dimuat turun 16 Mac 2010, dari http://www.dbp.gov.my/klikdpb/klik5jun5.pdf

Noresah Baharom. (2008). Perkamusan di Malaysia. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin & Rusmadi Baharudin, Leksikologi dan leksikografi Melayu (Eds.) (hlm. 18-52). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan –peN dalam bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 9(2), 57 – 72.

Rosch, E., & Merlis, C. B. (1975). Family resemblances: Studies in the internal structure of categories. Cognitive Psycology, 7, 573 – 605.

Rusli Abdul Ghani, Norhafizah Mohamed Husin & Chin Lee Yim. (2008). Pangkalan datakorpus DBP: Perancangan, pembinaan dan pemanfaatan. Dlm. Zaharani Ahmad (Penyunting), Aspek nahu praktis bahasa Melayu (hlm.21-36). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Svensen, Bo. (1993). Practical lexicography: Principles and methods of dictionary-making. (J. Sykes, & K. Schofield, Trans.). Oxford: Oxford University Press.

Taylor, J. R. (1995). Linguistics categorization prototypes in linguistics theory. Oxford: Clarendon Press.

Tim Pustaka Phoenix (Penyusun). (2009). Kamus besar bahasa Indonesia (Edisi Baru). Jakarta: PT Media Pustaka Phoenix Jakarta.

Wan Nordin Wan Yaacob. (2007). Kerajaan tidak patut halang bukan ahli PAS beli Harakah. (Atas Talian). Telah dimuat turun 29 September 2008 dari http://harakahdaily.net/index

Zainal Abidin Safarwan (Penyusun). 2002. Kamus besar bahasa Melayu utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021