Kata Ganti Nama dalam Bahasa Mendriq
Abstract
Orang Asli merupakan kaum minoriti yang merupakan peribumi pertama di Malaysia. Mereka merupakan kaum yang pertama menduduki negara ini iaitu 100 ribu tahun yang dahulu dan menuturkan bahasa yang berada di bawah kelompok Austroasiatik. Salah satu bahasa yang menarik perhatian pengkaji ialah bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang digunakan oleh kaum orang asli yang dikenali sebagai Mendriq. Mereka merupakan penduduk di sebuah kampung Orang Asli di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Namun begitu, bahasa ini dituturkan oleh sejumlah 245 orang sahaja, di sekitar tiga buah kampung iaitu di Kampung Kuala Lah, Kampung Baru dan Kampung Kuala Stail. Kertas kerja ini membincangkan dan menghuraikan ganti nama bahasa Mendriq. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang telah dijalankan di Kuala Lah selama 6 bulan. Data kajian merupakan data primer yang dikutip daripada penutur natif bahasa Mendriq. Data dikumpulkan melalui kaedah bercerita seorang penutur natif bahasa Mendriq. Data ini telah diterjemahkan oleh penterjemah yang dilantik khas oleh Jabatan Orang Asli, Kelantan. Data ini terdiri daripada pelbagai jenis ayat. Namun begitu, kajian ini difokuskan pada ganti nama bahasa Mendriq sahaja. Ganti nama ini dianalisis secara deskriptif. Analisis deskriptif ganti nama mendapati bahawa ganti nama bahasa Mendriq mempunyai dua sifat. Sifat pertama ialah ada ganti nama yang mempunyai ketiga-tiga fungsi iaitu subjek, objek dan pemilik, atau sekurang-kurangnya dua daripada fungsi yang telah disebut. Sifat kedua ialah ada ganti nama yang hanya mempunyai satu fungsi sahaja, iaitu sebagai subjek atau objek, atau pemilik sahaja. Namun setiap jenis ini dapat mewakili ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abd. Rauf Haji Hassan Azahari. (2000). Feminin dalam Sintaksis Arab: Satu Pengenalan Konsep. Jurnal Bahasa. 44(1), 113-127.
Abdullah Hassan. (1973). Golongan-golongan Kata dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. 17(8), 368-382.
Asmah Haji Omar. (1980). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Benjamin,G. (1976). Austroasiatic Subgroupings and Prehistory in the Malay Peninsula. Dlm. N. Jenner, Laurence C. Thomson & Stanley
Starosta (pnyt.). Austroasiatic Studies: Part 1 (hlm. 37-127). Honolulu: The University press.
Benjamin,G., & Cynthia, C. (pnyt.) (2002). Tribal Communities in the Malay World Historical, Cultural and Social Perspectives. Singapore: Seng Lee Press Pte Ltd.
Benjamin, Geoffrey. (2013). Why Have the Peninsular “Negrito” Remained Dinstinct?. Human Biology. 85(1-3), 445-484.
Fazal Mohamed Bin Mohamed Sultan. (2008). Struktur Sintaksis Frasa Nama Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. 8(1), 204-219.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2009a). Sintaksis Frasa Nama Bahasa Kensiu. Jurnal Bahasa. 9(2), 155-172.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2009b). Struktur Sintaksis Frasa Nama Bahasa Bateq. GEMA Online® Journal of Language Studies. 9(1), 47-61.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2011). The Syntactic Structure of a Noun Phrase: Austroasiatic vs. Austronesia. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities. 19(1), 263-271.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Khairul Faiz Alimi. (2014). Analisis Deskriptif terhadap Struktur Frasa Kerja Bahasa Mendriq. Jurnal Bahasa. 14(2), 169-191.
Harishon Radzi, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad. (2012). Analisis Bahasa Komunikasi Bangsa Minoriti Negrito Menerusi Pengimbuhan dan Peminjaman Kata. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3), 885 - 901.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Diakses pada 22 Ogos 2014 dari http://www.jheoa.gov.my
Lutfi Abas. (1972). Ganti Nama Bahasa Tamil. Jurnal Bahasa. 16(7), 304-308.
Lutfi Abas. (1973). Ganti Nama Bahasa Cina dan Antara Bahasa. Jurnal Bahasa. 17(3), 112-117.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim & Ton Ibrahim. (1977). Laporan Penyelidikan Bahasa di Ulu Tembeling. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2001). Ganti Nama Melayu Satu Definisi Semula. Jurnal Bahasa. 1(12), 15-22.
Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi & Maslida Yusof. (2002). Kata Panggilan dalam Masyarakat Melayu: Analisis Sosiolinguistik dan Pragmatik. Jurnal Bahasa. Kuala Lumpur. 2(2), 224-257.
Ouhalla, J. (1999). Introducting Transformational Grammar: From Principle and Parameters to Minimalism. Ed. ke-2. London: Oxford University Press.
Smith, W.G. & Hudson Kam, C. L. (2015). Children’s Use of Gesture in Ambiguous Pronoun Interpretation. Journal of Child Language. 42(3), 591-617.
Soh Bee Kwee. (2000). Kata Sifat dalam Klausa Relatif: Konstruksi dan Urutannya dalam Frasa Nama Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.
Jurnal Bahasa. 44(2), 251-264.
Syed Arabi Idid. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yeop Johari Haji Yaacob. (1980). Kata Ganti Kedua dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. 24(8), 47-60.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2004). Penggunaan Kata Ganti Nama Dia dan Kita dalam Pertuturan Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa 4(1), 186-204.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021