Keberkesanan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu Sabah (The effectiveness of the mini bus services in Kota Kinabalu, Sabah)

Harifah Mohd Noor, Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil, Oliver Valentine Eboy

Abstract


Abstrak

 

Bas mini adalah satu mod daripada pengangkutan awam darat yang beroperasi  di Sabah khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu. Perkhidmatan pengangkutan ini amat diperlukan bagi menghubungkan antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar di Sabah.  Namun operasi perkhidmatan bas mini sering dikaitkan dengan ketidak berkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji komponen-komponen yang menimbulkan ketidak keberkesanan perkhidmatan bas mini di Sabah. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaji selidik terhadap 988 orang responden di Kota Kinabalu.  Faktor analisis dan Confirmatory Factor Analysis (CFA) digunakan untuk menganalisis 24 parameter dalam mengkaji keberkesanan perkhidmatan bas mini. Hasil kajian menghasilkan tiga komponen keberkesanan perkhidmatan bas mini iaitu faktor keselesaan, kebolehsampaian dan keselamatan. Skor min bagi faktor kebolehsampaian bas mini lebih tinggi berbanding faktor keselamatan dan keselesaan. Penemuan ini membuktikan bas mini diperlukan penduduk di Sabah kerana kebolehsampaian yang tinggi. Namun faktor keselesaan dan keselamatan bas mini perlu diberi keutamaan oleh pihak berkuasa untuk penambahbaikan supaya menarik lebih ramai penduduk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini.

                                                                                                                                                                                 

Kata kunci: bas mini, faktor keberkesanan bas mini, Kota Kinabalu, , pengangkutan awam, pengguna, perkhimatan.

 

The effectiveness of the mini bus services in Kota Kinabalu, Sabah

 

Abstract

                                                           

Minibus is an alternative mode of public transport in Kota Kinabalu, Sabah. Nevertheless, its function is frequently associated with ineffectiveness services. This paper identifies components of an effectiveness of the minibus services based on the findings of a survey involving 988 respondents in Kota Kinabalu. Factor analysis and Confirmatory Factor Analysis (CFA) is used to analyse a total of 24 parameters effectiveness of the minibus. This study succeeded in developing three dimensions of the minibus service attributes effectiveness, namely comfort, accessibility, and safety.  The mean score for its accessibility factor for minibus is higher compared to comfort and safety factor. These findings show that the minibus is needed in Sabah due to its accessibility. Consequently, comfort and safety factors minibus should be given priority by the agencies for improvement to attract more people to use public transport services.

 

Keywords: minibus, effectiveness factor of minibus, Kota Kinabalu, public transport, users, services.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.