Pencirian pelancong belia dalam Pelancongan Acara semasa Tahun Melawat Malaysia 2014 (Characterizing the Youth Tourists in Event Tourism: a case of Visit Malaysia Year 2014)

Zurina Ahmad Saidi, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Fatin Umaira Mohamad Azian

Abstract


Pelancongan acara merupakan pendekatan yang lebih bersepadu dalam perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan pembangunan pelancongan semakin mampan. Dengan adanya penekanan tersebut, ia dapat mengekalkan dan meningkatkan aset pelancongan di samping mengggalakkan segmen pelancongan acara terutamanya dalam kalangan pelancong belia. Kajian ini memfokuskan pola pelancongan acara dalam kalangan pelancong belia yang membawa kepada kesedaran dan dorongan dalam kalangan pelancong belia dalam penglibatan aktiviti perlancongan berbentuk acara. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang kaji selidik di UKM, Putrajaya dan MAEPS, Serdang. Hasil kajian menunjukkan pola pelancongan belia lebih teratur, mempunyai segmen, tersusun dan sistematik serta mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang telus. Namun begitu, pola pelancongan pelancong belia tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan backpacker mahupun pelancongan keluarga. Kebanyakan daripada pelancong belia memilih untuk meneroka tempat baru, berseronok sambil membeli-belah serta berbelanja sewaktu melancong mengikut peruntukan perbelanjaan yang disenaraikan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula pulangan dan kesan positif yang diberikan oleh pelancong belia kepada sektor pelancongan acara negara kerana masih terdapat kekurangan dalam menyokong pertumbuhan segmen pelancong belia.

 

Kata kunci: Pelancongan acara, pelancong belia, pola pelancongan, Malaysia

Event tourism is a more integrated approach in planning and implementation to ensure the sustainable development of tourism. With the emphasis that it can maintain and improve the tourism assets in addition to rightly promote the tourism segment, particularly among youth travelers. This study focuses on the travel patterns among youth travelers that led to awareness among tourists and boost the involvement of youth in the form of tourism activities. Data for this study were collected through questionnaires distributed in UKM, Putrajaya and MAEPS, Serdang. The results showed a more regular pattern of youth tourism, a segment, and has organized and systematic planning and implementation of transparent. However, the youth tour travelers did not have significant differences with the backpacker tourist or family. Most of the tourists prefer youth to explore new places, have fun while shopping when traveling within budget listed. Therefore, this study suggests the stakeholders to review the returns and the positive impact of youth to stay in the country's tourism sector as there are still shortcomings in supporting the growth of the youth segment of travelers.

 

Keywords: Event tourism, travel patterns, youth, Malaysia


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.