Pengaruh minat terhadap pembentukan pekerja berkemahiran di Malaysia: Kajian kes pelatih Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) (Influence of interest on the formation of skilled workers in Malaysia: The case of the Kuala Lumpur Industrial Training Institute)

Ridzwan Che' Rus, Mohamed Nor Azhari Azman

Abstract


Pendidikan vokasional adalah komponen penting dalam pembentukan sumber manusia di negara pesat membangun
seperti Malaysia. Masalahnya pendidikan teknikal dan vokasional sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua
dan ini melemahkan minat terhadap bidang ini dan dengan itu merendahkan bilangan enrolmen pelatih . Kajian ini
menerokai fenomena pembentukan kemahiran dalam kalangan pelatih Institiut Latihan Perindustrian. Dengan
menggunakan kaedah kualitatif Grounded Theory data primer didapati dari soalselidik mendalam 32 responden yang
terdiri daripada pentadbir, pengajar, pelatih, majikan, dan rakan pelatih di Institut Latihan Perindustrian Kuala
Lumpur (ILPKL) yang telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekad dan
minat pelatih merupakan faktor utama dalam pembentukan pekerja berkemahiran tinggi. Pembentukan tekad ini
dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti dorongan keluarga, pengajar dan pentadbir. Implikasi dapatan kajian ini
mengukuhkan peranan tekad dan minat di dalam mentransformasi pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.

Katakunci: Grounded Theory, institut latihan industri, minat pelatih, pekerja berkemahiran, pendidikan teknikal
dan vokasional, tekad pelatih



Vocational and technical education is a crucial human resource development (HRD) component in a fast developing
country such as Malaysia. What is at issue is the fact that more often than not vocational and technical education is
regarded as second class and this perception has deflated interest and training enrolment in the field. This study took
a closer look at the formation of skilled workers in a Malaysia’s industrial training institute. Utilising the qualitative
method of the Grounded Theory primary data were gathered from questionnaire-based, in-depth interviews of 32
respondents comprising administrators, trainers, trainees, employers and peers in Kuala Lumpur Industrial Training
Institute (ILPKL) who were purposefully sampled. The findings revealed that trainee interest and sense of
determination were critical factors in the formation of highly skilled workers. This sense of determination was in
turn influenced by factors such as encouragement by family members, trainers and administrators. The implication is
that trainee interest and determination are imperative in the transformation of Malaysia’s technical and vocational
education.

Keywords: Grounded Theory, technical and vocational education, industrial training institute, skilled workers,
trainee interest, trainee sense of determination


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.