Meninjau kembali Dasar Pandang ke Timur Mahathir: Penelitian aspek perlaksanaan dan implikasi

Mohd Afendi Daud Daud, Junaidi Awang Besar

Abstract


Dasar Pandang ke Timur adalah satu isu menarik yang diperbincangkan ramai sarjana tetapi tidak ramai yang memberi tumpuan kepada rasional dan implikasi Dasar Pandang ke Timur. Disebalik dasar ini diperkenalkan oleh Mahathir terdapat agenda yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia. Ia bukanlah semata-mata melihat etika kerja. Etika kerja hanya untuk menarik perhatian rakyat Malaysia untuk bersama melibatkan diri dalam menjayakan Dasar Pandang ke Timur dan mengubah paradigma yang selama ini lebih condong kepada Barat. Etika kerja adalah slogan yang digunakan untuk menggalak bekerja dengan lebih kuat lagi dan tidak mengikut etika kerja Barat yang dianggap telah selesa. Ia adalah untuk mengubah pemikiran dan paradigma supaya tidak terlalu taksub dengan pihak Barat terutama Britain. Adalah amat penting mengubah tanggapan bahawa semua yang datang dari Barat adalah baik dan digantikan sebagai alternatif adalah dengan melihat ke Timur terutama Jepun. Walaupun dinyatakan bahawa Dasar Pandang ke Timur adalah melihat negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura tetapi tumpuan adalah lebih kepada Jepun. Isu ini akan diperbincangkan dalam artikel ini. Artikel ini juga melihat perkembangan Dasar Pandang ke Timur, rasional perlaksanaan dan implikasi dasar ini. Katakunci: agenda tersirat, anjakan paradigma, bahasa Jepun, Dasar Pandang Ke timur Mahathir, etika kerja Jepun, perenggu minda

Mahathir’s Look East Policy was first announced in 1982 and had since been a popular discourse topic in and about Malaysia. However, very few of the discussion focused on the rationalizations and implication aspects of the policy and which this study sought to centre-stage. The study found that when Mahathir announced the policy there was a more implicit agenda of rigorously persuading Malaysians to look and go beyond the Japanese work ethics and developing a mindset liberated from the dictum that all from the West is best. Mahathir’s achievement in developing this new mindset was mixed as it proved very difficult to wean Malaysians off a long socialization of Western values given Malaysia’s British colonial history and the practical fact that Japanese is not an easy language to master and to help enable Malaysians appreciate Japanese culture, work ethics and other sensibilities in a big way.

Keywords: implicit agenda, Japanese language, Japanese work ethics, Mahathir’s Look East Policy, mindset, paradigm shift


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.