Pendidikan Islam di Malaysia: Analisis kepentingan penghayatan mazhab Syafie (Islamic education in Malaysia: Analysing the significance of appreciating the Shafi’i school)

Nornajwa Ghazali

Abstract


Kuasa-kuasa kolonial ini bukan sahaja berhasrat menguasai pusat-pusat perdagangan dan perniagaan, sebaliknya
mereka juga berazam untuk menukar agama orang Melayu daripada Islam kepada Kristian. Walau bagaimanapun
misi ini gagal kerana masyarakat Islam ketika itu telah pun kuat berpegang kepada ajaran Islam khususnya
pegangan terhadap fiqh mazhab Syafie yang tetap teguh dijadikan acuan hidup berpanjangan hingga ke hari ini.
Bidang pendidikan Islam di Malaysia banyak merujuk kepada hukum hakam fekah bermazhab Syafie. Ini
menunjukkan bahawa pengajaran dan pegangan mazhab Syafie menjadi rujukan dan pegangan malah telah sebati
dalam amalan beragama masyarakat Islam Malaysia. Kajian kualitatif ini mengetengahkan faktor-faktor signifikan
penghayatan mazhab Syafie dalam bidang pendidikan Islam di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktorfaktor
sejarah, peranan pihak berkuasa agama, dan sosio-budaya kehidupan masyarakat Islam Malaysia adalah
antara faktor penting menyumbang kepada peranan utama mazhab Syafie dalam bidang pendidikan Islam di
Malaysia.

Katakunci: amalan keagamaan, fiqh syafie, Imam Syafi’i, kurikulum, mazhab Syafie, pendidikan Islam




Colonial powers in Malayan history were driven not only by their economic, military and political aspirations but
also the religious mission of converting Malays from Islam into Chrictianity. Islamic education in Malaysia has
always been influenced and shaped by a deference to the fiqh of the Shafi'i school making the school the most
predominant guide in the Malays’ overall religious belief and practices. This qualitative study examined the
crucial factors that had resulted in the pivotal role and appreciation of the Shafi'i school in Malaysia’s Islamic
education. The findings revealed that historical factors, the role of religious authorities, and socio-cultural life of the
Muslim community in Malaysia were among the key factors contributing to the leading role of the Shafi'i school in
Malaysia’s Islamic education.

Keywords: curriculum, Imam Shafi'i, Islamic education, religious practices, Shafi'i fiqh, Shafi'i school


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.