Aktiviti Penyeludupan Migran Dalam Kalangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia (Smuggling of Migrants Activites Among Illegal Migrants in Malaysia)

Mohd Na’eim Ajis, Zawiyah Mohd Zain, Mohamad Faisol Keling, Ummu Atiyah Ahmad Zakuan

Abstract


Penyeludupan migran merupakan aktiviti jenayah rentas sempadan yang dapat memberi keuntungan kepada pihak yang menguruskannya. Golongan pendatang yang menggunakan kaedah ini dianggap sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana proses kemasukan mereka ini telah melanggari undang-undang di sesebuah negara.  Oleh itu, artikel ini bertujuan menjelaskan aktiviti penyeludupan migran yang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Antara elemen yang dibincangkan adalah sempadan yang dilalui, pengangkutan yang digunakan, bayaran yang dibuat kepada pihak sindiket, pihak-pihak yang memberi bantuan, negara-negara yang dilalui dan taktik-taktik penyeludupan yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti menjalankan temu bual, perbincangan berfokus secara berkumpulan dan pemerhatian. Sampel kajian ini adalah 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Belantik, Sik, Kedah, golongan pelarian dan pihak berkuasa yang mempunyai kaitan dengan jenayah penyeludupan migran seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Rejimen Renjer Sempadan.  Hasil kajian mendapati aktiviti penyeludupan migran memang berlaku di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi keadaannya masih terkawal. Ia juga telah menyebabkan pihak keselamatan sentiasa mempertingkatkan kawalan dengan melaksanakan pelbagai strategi untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa. Kesimpulannya, pihak sindiket memainkan peranan yang penting dalam penyeludupan migran. Mereka sentiasa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pihak keselamatan dan tindakan mereka sering selangkah kehadapan kerana rangkaian sindiket sukar dikesan.  

 

Kata Kunci : Penyeludupan Migran, Migrasi, Pendatang Asing Tanpa Izin, Malaysia   

 

Migrant trafficking is a trans-border crime which yields enormous amount of profit. Migrants who enter a country through this method are classified as illegal immigrants. Thus, security border of a country needs to be continuously enhanced and improved to prevent the occurrence of human trafficking. Hence, this article discusses about migrant trafficking activities in the Northern Region of Peninsular Malaysia. Issues discussed include countries and borders that involved in the trafficking, types of transportation used, charges paid to the syndicates, parties involved in the process and the tactics of trafficking. The data of this study are taken from fifty five illegal immigrants who are being detained at the Depoh Tahanan Belantik, Kedah and  those who settled  in several districts in the Northern part of the Peninsular Malaysia. Relevant authorities like Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Malaysia Immigration Department and Border Ranjer Regiment, are being interviewed. Findings reveal that the activities of migrant trafficking are occurring in the Northern Region of the Peninsular Malaysia. The authorities are continuously improvised the monitoring methods to curtail the trafficking however, the syndicates are often ahead of the authorities and getting difficult to be traced.

 

Key words:  Migrant Trafficking, Migrant, Illegal Immigrant, Malaysia.   


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.