Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengan kesihatan ekosistem lembangan saliran (Urban imperviousness: Issues and implications to the ecosystem health of a river basin)

Noorazuan Md Hashim, Asmala Hj Ahmad

Abstract


Penyelidikan terhadap pengaruh tepubina bandar terhadap tahap kesihatan ekosistem lembangan menjadi agenda utama di dalam penyelidikan hidrologi lembangan saliran, sama ada di negara maju mahupun di negara membangun. Kertas ini bertujuan mengutarakan tepubina bandar sebagai petunjuk kesihatan ekosistem sungai dengan mengupas isu-isu global dan lokal yang berkait rapat dengan tepubina bandar, pembangunan metodologi penyelidikannya dan hubungkaitannya dengan pengurusan lembangan saliran serta meninjau potensi kepenggunaannya sebagai satu petunjuk kesihatan ekosistem lembangan saliran di Malaysia. Penelitian yang dilakukan di sub-lembangan Langat Stesen Bt 11 telah membuktikan kesan peningkatan kawasan tepubina terhadap kualiti air sungai. Peningkatan kawasan bandar dan tepubina yang menjadi petunjuk kepada pertambahan aktiviti pembangunan fizikal bermula pada tahun 1988 telah dilihat menyumbang kepada peningkatan pepejal terampai (SS) dalam air sungai. Pertambahan penduduk akibat proses perbandaran dapat dikaitkan dengan pertambahan bahan buangan domestik serta kumbahan yang mengakibatkan parameter seperti COD, BOD dan Ammonikal-Nitrogen mencatatkan tahap pencemaran yang serius. Kertas ini menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya piawai peratusan tepubina yang disarankan oleh model Schueler (1994) boleh dijadikan sandaran untuk merancang pembangunan bandar baru mahupun membina semula infrastruktur bandar khususnya sistem saliran bandar bagi mengelakkan masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan banjir kilat.

Katakunci: buangan domestik, hidrologi lembangan, kesihatan ekosistem, model Schueler, pepejal terampai, tepubina bandar

Investigating urban imperviousness impact, in particular, the effects of urban imperviousness on ecosystem health has become an important agenda in catchment hydrological studies, both in developed and developing countries. This article highlights global and local issues related to imperviousness, its research methodological development and its potential use as an ecosystem health indicator for catchment areas in Malaysia. Examination of the Langat Stesen Bt 11 sub-basin has proven the heightened effect of urban imperviousness on the river water quality. The acceleration of this urban imperviousness as an indicator of rapid physical development of the study area which began in 1988 has contributed to increased suspended solids (SS) in the river water. Accelerated urbanisation and population growth maybe correlated to increases in domestic wastes and sewage which had led to dramatic readings of parameters such as COD, BOD and Ammonical-Nitrogen indicating serious pollution. The paper concludes that at least imperviousness standards as suggested by the Schueler model (1994) may be relied upon in planning the drainage systems of new towns so that environmental problems such as water pollution and flash floods may be averted.

Keywords: catchment hydrology, domestic waste, ecosystem health, Schueler model, suspended solids, urban imperviousnes


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.