Faktor pembentukan modal insan dan daya saing usahawan wanita Malaysia: Kajian empirikal wanita bumiputera di Melaka (The formation factors of human capital and competitiveness of Malaysian women entrepreneurs: An empirical study of indigenous women entrepreneurs in Melaka)

Nor Azira Ayob, Sity Daud, Muhamad Takiyuddin Ismail

Abstract


Dalam bidang keusahawanan, wanita seringkali dilihat sebagai golongan yang kurang berpotensi untuk mencapai kejayaan berbanding golongan lelaki. Justeru, peranan kerajaan bagi membangunkan potensi usahawan wanita terus diperkukuh, terutamanya dari sudut pembangunan modal insan dan daya saing. Walaupun pelbagai bentuk usaha telah dilaksanakan, namun, hasil daripada usaha tersebut masih belum mampu mencapai tahap yang optimum. Kajian ini meneliti faktor-faktor yang membentuk modal insan dan daya saing dalam diri usahawan wanita Bumiputera serta faktor yang paling mempengaruhi kejayaan pengusaha wanita yang berdaftar dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di negeri Melaka. Data primer didapati daripada temubual berstruktur dengan lapan informan utama dan pengedaran 284 soal selidik yang diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 22. Hasil analisis faktor mendapati empat faktor utama yang membentuk modal insan dalam diri usahawan wanita iaitu faktor pendidikan dan latihan; pengalaman perniagaan, sokongan sosial dan kreativiti, manakala bagi aspek daya saing, terdapat tiga faktor utama iaitu bantuan kewangan, iltizam perniagaan, prasarana dan infrastruktur. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada keseluruhan faktor tersebut, hasil analisis kajian mendapati bahawa faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi kejayaan usahawan wanita adalah faktor prasarana diikuti faktor pendidikan dan latihan, pengalaman perniagaan, bantuan kewangan dan kreativiti.

Katakunci: analisis faktor, daya saing, faktor kejayaan, keusahawanan, modal insan, usahawan wanita bumiputera

In field of entrepreneurship women generally seem to have less potential to succeed compared to men. Thus, the role of government is to develop women entrepreneurs’ potential especially in developing their human capital and competitiveness. In Malaysia despite the efforts taken the result has not been very encouraging. This study analysed the factors influencing human capital development and competitiveness among indigenous (Bumiputera) women registered with MARA in the state of Melaka. Primary data were collected from structured interviews of eight key informants and the returns of 284 questionnaires, and processed with the SPSS software version 22. The factor analysis found that four factors influenced the entrepreneurs’ human capital development, namely, education and training, business experience, social support and creativity, while three factors contributed to the fostering of entrepreneurial competitiveness, namely, social support, business commitment and facilities and infrastructure. The multiple regression test results showed that the dominant success factors were infrastructure and facilities followed by education and training, business experience, social support and creativity.

Keywords: bumiputera women entrepreneurs, competitiveness, entrepreneurship, factor analysis, human capital, success factors


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.