Ekopelancongan di Taman Paya Bakau, Seri Manjung, Perak: Persepsi penduduk terhadap impak pembangunan (Development impact of Malaysian ecotourism as perceived by the local public: The case of Bakau, Seri Manjung, Perak)

Nurain Sahazali, Er Ah Choy

Abstract


Ekopelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta memberikan faedah kepada komuniti tempatan melalui penglibatan mereka dalam industri berkenaan. Ekopelancongan mempunyai impak pembangunan. Kajian ini bertujuan melihat persepsi penduduk mengenai impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial. Taman Paya Bakau Seri Manjung, Perak dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik yang mampu menarik pelancong yang sukakan aktiviti ekopelancongan sambil menghayati keindahan alam sekitar. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada satu set soal selidik persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis menunjukkan bahawa ekopelancongan Taman Paya Bakau telah dimajukan oleh pihak berkepentingan. Namun, penglibatan komuniti di sini masih kurang. Ini menyebabkan peluang ekonomi kepada penduduk masih tidak meluas. Perubahan cuaca dapat dirasai oleh penduduk kerana proses pembangunan semakin pesat dijalankan. Keadaan sosial penduduk tempatan semakin maju akibat pertambahan kedatangan pelancong. Untuk meningkatkan kemajuan taman paya bakau ini, penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain perlu ditambah.

Katakunci: ekopelancongan, impak pembangunan, paya bakau, peluang ekonomi, penglibatan komuniti, perubahan cuaca


Responsible ecotourism is supposed to go hand in hand with the participation of local communities. To gauge the extent to which this is happening in Malaysia, a micro study was conducted at Taman Paya Bakau Seri Manjung, Perak , a site that flourished as an ecotourim attraction because of the uniqueness of its natural environment. A set of questionnaire probing into members of the local public’s perceptions of ecotourism development and its impact there was administered for primary data. The data collected were processed using SPSS and were analyzed using descriptive statistics. Results of the analysis showed that although ecotourism had developed for quite a while in Taman Paya Bakau Seri Manjung local economic growth was slow measured by the lack of local community’s involvement. The findings point to the imperative of upgrading local infrastructure and facilities in order to develop Taman Paya Bakau as a recognizable ecotourism site.

Keywords: community’s participation, development impact, ecotourism, ecotourism site, local public’s perception, mangrove park


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.