Penggunaan haiwan bagi perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat pribumi di Asia: Satu ulasan (Animals-based traditional medicine amongst indigenous people in Asia: A review)

Siti Zubaidah I, Norsuhana AH, Fatan Hamamah Y

Abstract


Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan sejumlah 80% dari 6 bilion penduduk dunia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan sebagai sumber perubatan. Artikel ini bertujuan untuk mengulas penggunaan bahagian haiwan atau haiwan yang telah digunakan sebagai makanan, perubatan, dan kaitannya dengan kepercayaan, kebudayaan (pengetahuan tradisional), pengetahuan pribumi dan pemuliharaan. Rawatan penyakit menggunakan terapi berasaskan haiwan dikenali sebagai zooterapi. Masyarakat terdahulu mempunyai pengetahuan luas berkaitan perubatan yang menggunakan haiwan dan tumbuhan. Masyarakat pribumi mempunyai informasi yang luas berasaskan perubatan dari biodiversiti. Amalan penjagaan kesihatan masyarakat pribumi menjadi pilihan kerana kos yang berpatutan bagi situasi di mana perkhidmatan kesihatan moden yang terlalu mahal atau tidak wujud di kawasan mereka. Kebanyakan masyarakat pribumi di negara-negara Asia menggunakan haiwan bagi tujuan perubatan tradisional. Bahagian dan campuran yang diperoleh daripada haiwan banyak digunakan bagi rawatan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah kesihatan. Di samping kepentingan, kajian terhadap penggunaan haiwan dalam perawatan sangat sedikit berbanding kajian terhadap tumbuhan.

Katakunci: biodiversiti, masyarakat pribumi di Asia, penjagaan kesihatan, perubatan tradisional, rawatan berasaskan haiwan, zooterapi

The World Health Organization (WHO) approximates that almost 80% of the world's population which is more than six billion people rely primarily on animal and plant-based medicines. This article reviews several related aspects regarding the use of animals or parts as food, medicines, and its relation to belief, culture (the traditional knowledge), indigenous knowledge and conservation. The healing of human ailments by using therapeutics based on medicines acquired from animals is known as zootherapy. Traditional human populations have a wide natural pharmacopoeia consist of wild plants and animal species. Indigenous people hold a good deal of information about medicinal utility of biodiversity. Indigenous healthcare practices, provide low cost alternatives in situation where modern health care services are not available or too expensive. Most of indigenous people in Asia countries used the animals for their traditional medicine. The parts and substances derived from the animal origin were commonly used to cure various diseases and disorder. Despite their importance, studies on the therapeutic use of animals and animal parts have been neglected, compared to plants.

Keywords: animal-based medicine, biodiversity, health care, indigenous people in Asia, traditional medicine,zootherapy


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.