Implikasi pembangunan Bandar Indera Mahkota kepada pencemaran Sg. Talam, Kuantan, Pahang (Pollution implications of Bandar Indera Mahkota development – The case of Talam River, Kuantan, Pahang)

Mokhtar Jaafar, Mohd. Syukri Zainuddin, Sharifah Mastura Syed Abdullah

Abstract


Tahap pencemaran air sungai yang merentasi kawasan bandar sering dikaitkan dengan tahap kualiti air yang merosot. Sehubungan itu kajian dilakukan bagi menentukan tahap pencemaran air Sg. Talam yang merentasi Banda Indera Mahkota memandangkan bandar ini masih melalui proses pembangunan. Enam parameter kualiti air dikaji iaitu DO, BOD, COD, TSS, NH3-N dan pH. Hasil kajian menunjukkan proses pembandaran Bandar Indera Mahkota hanya menghasilkan tahap pencemaran sederhana tercemar terhadap Sg. Talam. Parameter DO dan NH3-N adalah sumber pencemar utama sungai tersebut. Manakala pola guna tanah perumahan, perindustrian dan komersil telah menyumbang kepada kemasukan bahan kumbahan dan sisa ke dalam aliran Sg. Talam. Pembangunan pola guna tanah mesra alam harus diteruskan dan usaha pemantauan berterusan perlu dipastikan bagi memastikan tahap pencemaran air Sg. Talam dapat dikurangkan.

Katakunci: indeks parameter kualiti air, kualiti air, pemantauan alam sekitar, pola guna tanah, sisa dan kumbahan, tahap pencemaran


Pollution levels of river water that crosses town areas are always associated with degraded water quality. This study was conducted to determine the pollution levels of the Talam River which crosses the Bandar Indera Mahkota , a town still undergoing physical development. Six water quality parameters were adopted, namely, DO, BOD, COD, TSS, NH3-N and pH. The findings showed that the urbanization process of Bandar Indera Mahkota had generated moderate pollution of the Talam River water. DO and NH3-N parameters were the main sources of this pollution. Meanwhile housing, industries and commercial land uses contributed significant effluent and waste inputs into the river. All this point to the imperative of environmental friendly land uses and on-going monitoring to ensure minimum pollution levesl of the Talam River water.

Keywords: environmental monitoring, land use pattern, pollution levels, water quality index, water quality parameters, wastes and effluents


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.