Kuala Lumpur dan cabaran baru pembangunan berterusan (Kuala Lumpur and the new challenges of continuous development)

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Muhammad Hazim Abdul Ghani, Zainun Abidin Baharum

Abstract


Perkembangan kawasan perbandaran dipengaruhi oleh faktor-faktor fizikal, sosioekonomi dan juga campur tangan kerajaan serta pengaruh proses politik dan pilihan raya. Perkembangan fizikal perbandaran kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya bermula semenjak kawasan tersebut wujud sebagai penempatan tradisional pada pertengahan abad ke 19 sehingga perlombongan bijih timah secara komersial di kawasan Lembah Klang meningkatkan lagi proses perbandaran Kuala Lumpur. Artikel ini menyingkap faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal Kuala Lumpur dengan mengimbau sejarah perkembangan sosioekonomi Kuala Lumpur sebelum merdeka hinggalah sekarang. Kajian ini menggunakan metod analisis sekunder mengenai sejarah perkembangan fizikal dan sosioekonomi Kuala Lumpur dengan merujuk bahan bahan yang berkaitan di Perpustakaan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dapatan kajian menunjukkan proses urbanisasi Kuala Lumpur bertambah pesat dengan pemilihan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Negeri-negeri Melayu Bersekutu, perkembangan sehingga Peperangan Dunia Kedua dan seterusnya sehingga negara mencapai kemerdekaan. Selepas kemerdekaan sehingga sekarang perkembangannya dibentuk oleh faktor-faktor perumahan penduduk, sosio budaya, persekitaran fizikal, kegiatan ekonomi dan politik. Pembangunan Kuala Lumpur seterusnya ialah menjadi bandaraya bertaraf dunia dan prospek ini terlakar di dalam pelan pelan pembangunan DBKL . Sejauhmana Kuala Lumpur dapat melayakkan dirinya sebagai bandaraya bertaraf dunia bergantung kepada sejauhmana ia mampu berfungsi sebagai i) pusat tarikan pelaburan global dengan penduduk yang optimum dan sumber tenaga kerja mahir yang mencukupi, ii) pusat penawaran pekerjaan yang vibran, iii) hub pembuatan dan perkhidmatan yang bersepadu untuk memudahkan peralihan ke arah k-ekonomi baru, dan iv) tempat di mana semua penghuni tempatan dan pelawat dapat menikmati kesejahteraan rohani, emosi dan daya fikir.

Katakunci: Bandaraya dunia, dinamik penduduk bandaraya metropolitan, perkembangan fizikal bandaraya metropolitan, perumahan bandaraya metropolitan, politik bandaraya metropolitan, urbanisasi berterusan


Expansion of urban areas is typically influenced by physical and socio-economic factors, political and electoral processes, and government intervention. For Kuala Lumpur physical development of the municipal and the surrounding area began as a traditional settlement in the mid 19th century while subsequent commercial tin mining furthered its urbanization process. This article elucidates the factors underlying the physical development of Kuala Lumpur by overviewing its socio-economic evolution before independence to the present. The study adopted the method of critical analysis of secondary reference materials gathered from the Kuala Lumpur Library and Kuala Lumpur City Hall (DBKL). The results showed that Kuala Lumpur urbanization accelerated with the selection of Kuala Lumpur as the capital of the Federated Malay States, and continued through the Second World War and the achievement of Malayan independence. Since then the metropolitan city development had been governed by various physical, settlement, socio-cultural, economic and political factors. Kuala Lumpur’s next developmental phase is to emerge as a world class city the prospects of which are outlined in the DBKL’s development plans. To what extent this goal will be achieved depends on Kuala Lumpur’s ability to function as i) a global investment attraction centre with optimum population and skilled manpower, ii) a vibrant employment centre, iii) an integrated manufacturing and services hub facilitating the k economy transition , and iv) a place where locals and visitors can savour spiritual, emotional and mental wellbeing.

Keywords: continuous urbanization, metropolitan housing, metropolitan physical development, metropolitan politics, metropolitan population, world city


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.