Pakej penambahbaikan EIA di Malaysia: Suatu ulasan kritis dalam aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi (EIA improvement packages in Malaysia: A critical review with respect to erosion and sedimentation control)

Abdul Rahman Mahmud, Zaini Sakawi, Khairul Nizam Abdul Maulud

Abstract


Hakisan tanah dan sedimentasi telah menjadi salah satu isu utama dalam pelaksanaan projek EIA di Malaysia. Pembukaan tanah secara tidak terkawal dalam melaksanakan projek EIA boleh menyumbang kepada berlakunya masalah hakisan tanah dan sedimentasi. Oleh yang demikian Jabatan Alam Sekitar mulai tahun 2011 telah melaksanakan pakej penambahbaikan EIA. Usaha ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah hakisan tanah dan sedimentasi yang berlaku daripada projek EIA. Pakej tersebut memberi penekanan kepada tiga bidang utama dalam sistem EIA di Malaysia, iaitu laporan EIA, laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan syarat-syarat kelulusan EIA. Penambahbaikan ini dilihat cuba untuk mempercekap sistem pengurusan alam sekitar di Malaysia ke arah meningkatkan kompetensi dalam kalangan perunding alam sekitar dan pemaju projek. Amalan pematuhan kendiri (self regulation) turut diperkenalkan dalam pakej penambahbaikan ini. Artikel ini membincangkan pakej penambahbaikan EIA yang telah dilaksanakan sejak empat tahun lalu oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Data dalam tempoh empat tahun bagi pelaksanaan pakej penambahbaikan EIA telah dianalisa dan menunjukan terdapat kegagalan oleh pemaju projek dan perunding alam sekitar bagi mematuhi skop penambahbaikan yang telah ditetapkan. Kajian lanjut untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan pakej penambahbaikan EIA ini perlu dijalankan bagi tujuan untuk penambahbaikan pelaksanaanya pada masa depan.

Katakunci: EIA, kawalan hakisan tanah dan sedimentasi, keberkesanan EIA, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), pakej penambahbaikan EIA, pasca EIA

Soil erosion and sedimentation has become one of the major issues in the implementation of EIA projects in Malaysia. Uncontrolled land opening activities exacerbate these soil erosion and sedimentation problems. In this regard the Department of Environment (DOE) Malaysia has begun to implement EIA improvement packages in 2011 with the aim of minimizing the problems of soil erosion and sedimentation from EIA projects which emphasizes on three major areas of the EIA system in Malaysia, namely EIA reports, environmental management plan report (EMP) and the EIA approval conditions. This improvement also attempts to enhance the efficiency of environmental management system in Malaysia by increasing the competency of environmental consultants and project developers. Self-regulation approach was also introduced in the EIA approval conditions. This article discusses the performance of the EIA improvement package after four years of implementation by the DOE. The findings revealed that there were failures among project proponents and environmental consultants to comply with the scopes of EIA improvement packages. It is suggested that further studies should be conducted to identify the problems encountered in the implementation process of the EIA improvement packages to improve future implementation.

Keywords: EIA, EIA effectiveness, EIA follow up, EIA improvement packages, Environmental Management Plan, soil erosion and sedimentation control


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.