Sistem penuaian air hujan: Kajian kes kesediaan masyarakat di Bandar Baru Bangi (Rainwater harvesting: A case study of public readiness in Bandar Baru Bangi)

Shamsuddin Man, Noorazuan Md Hashim

Abstract


Peningkatan di dalam permintaan air telah mendorong pihak kerajaan memperkenalkan kaedah penuaian air hujan sebagai satu sumber alternatif bekalan air. Kesan aspirasi dan perilaku pengguna masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Perubahan gaya hidup yang moden telah mengubah cara kepenggunaan air bersih di kalangan masyarakat. Justeru, makalah ini bertujuan meneliti aspek kesediaan pihak awam terhadap penggunaan sistem penuaian air hujan di premis kediaman masing-masing. Bandar Baru Bangi dijadikan tapak penyelidikan memandangkan ianya disifatkan sebagai hot spot kejadian kekurangan bekalan air dan sering berlakunya catuan air. Untuk memudahkan agihan responden sebanyak 378 orang, kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan rawak berstrata yang mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap seksyen di Bandar Baru Bangi. Hasil kajian mendapati, majoriti besar yang menganggap air dari tuaian hujan tidak layak digunakan untuk kegunaan air minuman adalah berdasarkan kepada persepsi risiko masing-masing. Mereka berkemungkinan merasakan wujudnya risiko atau bahaya untuk kesihatan sekiranya sumber berkenaan dijadikan sebagai sumber air minuman.

Katakunci: kesediaan awam, penuaian air hujan, penggunaan air, permintaan terhadap air, sumber alternatif air, tanggapan risiko

Changes in modern lifestyles have changed the way water is to be consumed in the community. Increased water demand has prompted governments to introduce the method of rainwater harvesting as an alternative source of water supply. Yet, consumers’ aspiration and behavior regarding rainwater harvesting remains virtually and scientifically unexplored. This paper examined public readiness for the use of rainwater harvesting system in residential premises. Bandar Baru Bangi was selected as research area due its high frequency of water shortage and water rationing. A total of 378 respondents was randomly sampled and stratified by weighting the number of residential premises persection in the study area. The study found that a large majority members of the public in Bandar Baru Bangi considered the harvested water unfit for drinking as based on their risk perception. They felt the presence of a risk or danger to health if the harvested water was consumed as drinking water.

Keywords: alternative soure of water, public readiness, rainwater harvesting,risk perception, water consumption,water demand


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.