Impak kawasan hijau terhadap persekitaran sosial komuniti Putrajaya (Impact of green space on the social environment of the Putrajaya residents)

Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Amriah Buang, Farah Asikin Zoolberi, Nik Munerahanim Nik Muhammad, Nur Azwani Yusop, A. C. Er, Mastura Mahmud

Abstract


Dalam era globalisasi, kawasan hijau semakin banyak diterokai dan diaplikasi dalam perancangan dan pembangunan bandar. Dalam konteks di Malaysia, melalui Greater KL/KV dalam projek permulaan ke 6 (EPP 6), iaitu penghijauan yang telah diadakan pada tahun 1992 adalah bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah alam sekitar.Greater KL/KV dicetuskan bagi memastikan setiap penduduk dapat menikmati kawasan hijau secukupnya. Penyediaan kawasan hijau seperti yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) boleh mengurangkan kesan-kesan alam sekitar yang berlaku sekaligus memberi impak yang positif terhadap masyarakat yang mendiami kawasan tersebut. Di Malaysia, kajian berkaitan sumbangan kawasan hijau dalam aspek sosial sangat kurang diambil perhatian oleh para penyelidik, maka kajian ini dilakukan untuk melihat impak kawasan hijau kepada persekitaran sosial penduduk di Putrajaya. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada beberapa teori dan pendekatan serta penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Kaedah pemerhatian di lapangan dan temubual bersama penduduk juga dilakukan bagi mendapatkan persepsi penduduk tentang kepentingan kawasan hijau dalam mempengaruhi persekitaran sosial mereka. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kawasan hijau memberi impak yang cukup besar dan bermakna bukan sahaja kepada alam sekitar malah kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Kawasan hijau telah dikenalpasti mampu memberi kesan positif kepada alam sekitar. Hampir keseluruhan responden yang ditemu bual bersetuju bahawa kewujudan kawasan hijau ini dapat menjadi tempat berkumpul dan saling mengenali antara ibu-bapa dan anak-anak jiran tetangga.

Katakunci: alam sekitar, globalisasi, interaksi sosial, kawasan hijau, perkembangan kanak-kanak, perkembangan kognitif


In the era of globalization, green space is increasingly ventured and deployed in the urban city planning and development. In Malaysia, the introduction of Greater KL/KV as an Entry Point Projects number 6 (EPP 6), namely Greening Greater KL/KV was initiated to ensure residents can enjoy sufficients of green space. The provision of green space as outlined by the World Health Organization (WHO) may reduce the natural impressions, yet it has a a positive impact on the community’s spatial and functional space. In Malaysia, studies related to green space and its relations to the sosial environment is not widely discussed. This study aims at exploring the impacts of green space to the social environment of the residents in Putrajaya. The methods deployed combinations of filed observations and indepth interviews with the residents of Putrajaya. The results demonstrated that green space provides social impact not only to adults, it has widened to the young children. Respondents agreed that recreational park and green space nurture social cohesion and social bonding in the family unit as well as among the community neighbours at large. Usage of green space is suggested to be continuously promoted as key to the social cohesion at the family basis and residents of Putrajaya.

Keywords: child development, cognitive development, environment, globalization, green spaces, social interaction


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.