Mengurus pelancongan sempadan Malaysia-Thailand: Kesepaduan atau konflik (Managing border tourism Malaysia-Thailand: Cohesion or conflict)

Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Er Ah Choy, Amriah Buang, Sivapalan Selvadurai, Nur Farahin Zainuddin, Mohd Kamarulnizam Abdullah, Sri Winarni Samsir

Abstract


Pelancongan sempadan semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak pemegang taruh dalam arena pengurusan sempadan antarabangsa. Sempadan Malaysia-Thailand, yang merangkumi kawasan Padang Besar/ Perlis-Padang Besar/ Wilayah Songkhla sehinggalah ke Rantau Panjang/ Kelantan-Daerah Sungai Kolok/ Wilayah Narathiwat memiliki pelbagai tarikan dan produk pelancongan seperti bandar membeli-belah sempadan yang teratur dengan tarikan premis berskala kecil dan perkhidmatan pelancongan yang informal. Pelancongan sempadan juga dilengkapi dengan struktur pembekal pelancongan yang kompleks, yang menimbulkan konflik antara keperluan dan minat pelancong. Keadaan ini telah merumitkan pembentukan imej pelancongan sempadan, dan memberikan cabaran yang besar kepada perlaksanaan pengurusan pelancongan sempadan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kesepaduan dan konflik yang wujud dalam isu-isu pelancongan sempadan Malaysia- Thailand. Berdasarkan kajian awal yang menggunakan gabungan data sekunder dan primer daripada kajian lapangan, dalam tempoh Disember 2012 hingga April 2013, kajian ini mendapati salah satu isu konflik adalah imej pelancongan sempadan yang tidak jelas yang dikongsi bersama pembekal pelancongan serta kurangnya pemahaman pelancongan sempadan dalam kalangan pihak yang berkepentingan. Sementara isu kesepaduan pula melibatkan hubungan sosial dan budaya serta penempatan komuniti sempadan. Beberapa cadangan bagi menguruskan pelancongan sempadan yang merentasi isu-isu kesepaduan dan konflik telah disimpulkan di dalam kertas kerja ini.

Katakunci: keselamatan, kesepaduan, konflik, Malaysia Thailand, membeli-belah, pelancongan sempadan


Border tourism is one of the growing sectors in international borderland management. The Malaysia-Thailand border, which strikes from Padang Besar/Perlis - Padang Besar/Songkhla Province to Rantau Panjang/Kelantan - Sungai Kolok District/Narathiwat Province has several sites of tourism attractions and products. It ranges from an organised border shopping town to a small scale and informal tourism services. As a result, border tourism is filled with a complex structure of tourism providers and divergence of tourists’ needs and interests. This situation further complicates the image of border tourism, hence, making a border tourism management a big challenge. This paper aims to identify what are the diverging and converging issues of border tourism in the Malaysia-Thailand borderland. Based on the preliminary study using a mix method in December 2012 to April 2013, results of the study reveal that diverging issues include the unclear image of border tourism shared with the tourism providers and lack of understanding of border tourism among stakeholders. The converging issues, on the other hand, are the social and cultural ties and localisation of the border community. Suggestions on managing border tourism that intercept the diverging and converging issues concluded this paper.

Keywords: border tourism, cohesion, conflict, Malaysia Thailand, safety, shopping


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.