Kemunduran sosioekonomi dan penyisihan sosial komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching: Kajian kes di Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa (Socio-economic under-development and social exclusion in Kuching: A case study of Kampung Kudei Baru and Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa)

Kiky Kirina Abdillah, Junaenah Sulehan

Abstract


Sejauhmanakah kemunduran sosioekonomi yang berlaku dipengaruhi oleh penyisihan sosial? Teori Involusi Urban dan Teori Budaya Kemiskinan menawarkan asas teritis bagi membincangkan perubahan dalam masyarakat akibat perbandaran dan hubungkaitnya dengan masalah kemunduran dalam masyarakat. Pendekatan Keupayaan pula merupakan instrumen analitikal bagi menganalisis realiti sosial yang menyebabkan berlaku kemunduran sosioekonomi dalam kalangan komuniti kajian. Kajian ini cuba menjawab persoalan sejauhmanakah kemunduran sosioekonomi yang berlaku dipengaruhi oleh penyisihan sosial dalam kalangan komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching. Seramai 75 orang ketua isi rumah daripada 251 buah rumah dari Kampung Kudei Baru dan Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa ditemuselidik dan mereka ini. Hasil kajian mendapati faktor dalaman, luaran dan penyertaan secara terpaksa sebagai sebab utama kemiskinan. Penyisihan sosial berlaku dalam bentuk masalah ketersampaian kepada sistem bantuan dan sokongan khusus bagi golongan berpendapatan rendah. Kesimpulannya, kajian mendapati masalah kemunduran sosioekonomi dalam kalangan komuniti Bumiputera di Bandaraya Kuching berpunca daripada pelbagai sebab dan aspek penyisihan sosial adalah salah satu daripadanya. Oleh yang demikian, penekanan terhadap aspek penyisihan sosial adalah perlu bagi meningkatkan keupayaan komuniti Bumiputera untuk terlibat secara penuh dalam proses pembangunan sekaligus mengurangkan risiko mereka tersisih daripada perubahan sosioekonomi di Bandaraya Kuching.

Katakunci: kemunduran sosioekonomi, komuniti Bumiputera, penyisihan sosial, perbandaran, teori budaya kemiskinan, teori involusi urban

To what extent does social exclusion affect the socio-economic underdevelopment of a community? Urban Involution Theory and the Culture of Poverty Theory provide a theoretical framework for analysing underdevelopment issues brought about by social change, while Capability Approach provides an analytical tool to analyze the linkages between social reality and underdevelopment of a community. This study examined social exclusion factors that underpinned the underdevelopment of a Bumiputra community in Kuching. Primary data were gathered from field interviews of 75 household heads of the 251 households of Kampung Kudei Baru and Kampung Sinar Budi Baru Batu Kawa. The findings revealed that internal and external factors, including those of forced participation of the people had conspired to produce social exclusion of the Bumiputra community as manifested by their problematic accessibility to the support system. In conclusion, several factors contributed to the community’s under-development and social exclusion was one of them. This points to the imperative of addressing the social exclusion aspects of any future remedial policy, strategy and practices at individual, community and government levels in order to enhance the community’s capacity to participate fully in Kuching’s development process.

Keywords: Bumiputera community, culture of poverty, socio-economic underdevelopment, social exclusion, urbanization, urban involution theory


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.