Ideopolis di wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Ke arah memperkasakan daya saing hub pendidikan di peringkat global (Ideopolis in the City-region of Kuala Lumpur: Empowering an educational hub for global competitiveness)

Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Noor Alyani Nor Azazi

Abstract


Anjakan paradigma ke arah k-ekonomi dalam era globalisasi memerlukan pelbagai pihak berkepentingan,
sama ada mereka itu pihak industri, governans ataupun universiti menjadi lebih berdaya saing, proaktif dan
inovatif dalam mencipta peluang-peluang baru. Bagi memenuhi tuntutan-tuntutan ini, pembentukan sebuah
ideopolis sebagai satu strategi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan menjadi fokus kebanyakan
negara-negara sedang membangun. Banyak kajian menunjukkan bahawa melalui pendidikan atau hub
pendidikan, sembilan komponen atau pemacu sebuah ideopolis dibangunkan dan berkembangan dari
wilayah bandar raya. Ini termasuklah membuat pelaburan secara fizikal bagi bandar raya ilmu, membina
aset sedia ada, mempelbagaikan pengkhususan, organisasi berkemahiran tinggi, sektor pendidikan yangvibrant, penawaran ilmu yang distintif, kepelbagaian hubungkait, kepimpinan yang teguh, dan pelaburan dalam komuniti. Bagi Malaysia, hub pendidikan secara meluas diakui memainkan peranan penting dalam memperteguhkan ekonomi, sosial dan kebajukan masyarakat secara keseluruhannya, justreu berupaya mencapai sembilan pemacu utama ideopolis. Namun sejauh manakah keupayaan negara mencapai sasaran ini? Apakah institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam ataupun swasta memiliki keupayaan bagi mempastikan pemacu-pemacu ini tercapai Berdasarkan kajian empirikal di wilayah bandar raya Kuala Lumpur, artikel ini membincangkan pencapaian wilayah bandar raya dalam konteks pemacu-pemacu ideopolis terpilih. Artikel ini merumuskan bahawa Malaysia secara umumnya, dan wilayah bandar raya Kuala Lumpur secara khususnya telah memperlihatkan kemunculan sebuah ideopolis, seterusnya membantu mempertingkatkan daya saing negara di peringkat serantau dan global.


Katakunci: daya saing, ekonomi berteraskan pengetahuan, ekonomi global, ideopolis, wilayah bandar raya


The paradigm shift toward the k-economy in this era of globalization requires various stakeholders -industrialists, governance, universities - to be competitive, proactive and innovative in creating new ventures. To meet these demands, the formation of an ideopolis as a development strategy has become a central concern in developing countries. Various studies have shown that for an educational city-hub to function effectively as an ideopolis nine key components or drivers will need to emerge, namely, physical investment; building on existing assets; diverse specialization; high skill organisation; a vibrant education sector; a distinctive knowledge niche; connectivity leveraging; strong visionary leadership; and community investment. For Malaysia the question if it is meeting all the nine requirements of an ideopolis is relevant, crucial and needs to be answered. Based on an empirical case study of the Kuala Lumpur city-region, this paper seeks to gauge the extent to which the city-region has been able to meet some of those prerequisites. It concludes that the Kuala Lumpur city-region is an emergant ideopolis that sets to enhance the country’s regional and global competitiveness.


Keywords: competitiveness, global economy, ideopolis, knowledge-based economy, knowledge niche, regional city


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.