Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia (The influence of neighbourliness in shaping the social wellbeing of urban villages: Evidence from Kampung Berjaya and Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah, Malaysia)

Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak, Abd. Hair Awang

Abstract


Hubungan kejiranan adalah penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai
penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan masyarakat dapat dibentuk. Di dalam kajian ini penyelidik telah memilih penduduk di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah iaitu kampung yang wujud dalam bandar sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka dalam aspek hubungan kekeluargaan dan kejiranan dan seterusnya menganalisis faktor penentu tahap kesejahteraan hidup penduduk sebagai penghuni di “urban village” ini. Seramai 132 orang ketua isi rumah telah ditemuselidik dan jumlah ini mewakili 30% jumlah ketua isi rumah yang terdapat di Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan sahaja masih belum cukup untuk menjamin kesejahteraan, manakala hubungan kejiranan yang baik telah dianggap sebagai penentu kesejahteraan hidup penduduk. Namun, gabungan kedua-dua hubungan ini lebih memberi jaminan kesejahteraan hidup masyarakat “urban village”.


Katakunci: hubungan kejiranan, ‘kampung bandar’, kejiranan, kesejahteraan sosial, pertalian keluarga,  solidariti


Neighbourliness is essential for social wellbeing as it promotes social cooperation and solidarity. This study analyses the perception of urban villagers of the role of neighbourliness and the determinants of their wellbeing as dwellers of urban villages in Malaysia’s town of Alor Star, Kedah. A 30 per cent sampling comprising 132 household heads were interviewed in the urban villages of Kampung Berjaya and Kampung Mempelam for this purpose. It was found that while family relationship alone was deemed not enough to ensure social wellbeing in urban villages, good neibourliness emerged as more of a real determinant of the residents’ social wellbeing. The most ideal factors of social wellbeing, nevertheless, would be a combination of family ties and good neighbourliness.


Keywords: family ties, neihgourhood, neighbourliness, social wellbeing, solidarity, urban village


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.