Pembinaan dan pengukuhan identiti sebagai da’i: Pengalaman pendakwah wanita di Malaysia (The identity development and consolidation of Muslim women preachers: The Malaysian experience)

Mimi Hanida Abdul Mutalib

Abstract


Sejak kebelakangan ini, penyertaan pendakwah wanita dalam aktiviti dakwah adalah semakin aktif dalam
masyarakat Malaysia. Kemunculan pendakwah wanita di media elektronik ini dilihat sebagai turut berjaya menarik minat golongan muda terhadap program yang berunsurkan keagamaan. Berdasarkan pengamatan perpektif antropologi agama, kajian ini menunjukkan perkembangan peranan, sumbangan dan usaha yang gigih dalam kalangan pendakwah wanita dalam menyebarkan dakwah Islam di Malaysia terutamanya dalam kurun ke 21. Artikel ini membincangkan beberapa halangan dan realiti yang perlu ditempuh oleh pendakwah wanita masa kini serta melihat potensi mereka di masa hadapan bagi melihat bagaimana wanita Islam ini berusaha untuk membina dan mengukuhkan identiti mereka sebagai pendakwah wanita di mana peranan mereka sebagai memimpin umat Islam dalam membentuk sebuah masyarakat Islam di Malaysia. Di samping itu, artikel ini juga bertujuan untuk menunjukkan ketidakbenaran dalam menafikan peranan wanita dalam arena dakwah di Malaysia serta memberikan kefahaman bagaimana identiti pendakwah wanita ini terbentuk dan diperkukuhkan. Melalui pendekatan anthropologi agama, ianya menunjukkan bagaimana respon daripada wanita Islam terhadap dakwah adalah terbukti menunjukkan identiti mereka sebagai pendakwah wanita.


Katakunci: antropologi, dakwah, Islam, Malaysia, pendakwah, wanita


In recent times, female preachers have become increasingly visible in the dakwah (Islamic missionary)activities for the masses in some Muslim societies. In Malaysia, the existence of female preachers who engage with the broadcasting media is currently seen as a success, especially in attracting young viewers toreligious programmes. Based on the anthropology of religion research methodology this article examines the rise of the role and contribution of female Muslims in disseminating Islamic dakwah to the general Malaysian society. The focus is on the challenges encountered, and opportunities availed of, by five  Malaysian Muslim women preachers who routinely utilised the electronic media to perform their tasks. The general findings dispelled the view held for the past decade which underrated the Muslim women’s role in public (religious) arenas. Instead, they illuminated how the Muslim female preacher’s identity was shaping and shaped by practically all spects of the dakwah movement in the country. From a purely anthropological perspective, it may be concluded from the findings that the responses of the other Muslim women towards the dakwah activities were actually affirming the Muslim women preacher’s very own identity as a legitimate female preacher.


Keywords: anthropology of religion, dakwah, Islam, Malaysia, preacher, women


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.