Persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan (The political perception of the youths in the state assembly area of Bagan Pinang, Negeri Sembilan)

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Abdul Halim Sidek, Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Abstract


Kematian penyandang kerusi DUN Bagan Pinang, Azman Mohd Nor dari BN menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan pada 11 Oktober 2009. Ia merupakan kali kelapan BN dan pakatan pembangkang bertarung serta menguji sokongan di kalangan pengundi muda (belia). Sehubungan itu, adalah tujuan kertas kerja ini untuk menganalisis sokongan terhadap calon yang bertanding dan persepsi serta pola politik semasa belia. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian, dapatan kajian menunjukkan 88 peratus belia di kawasan ini mendapat sumber maklumat politik daripada televisyen. Dari segi kriteria pemilihan calon pula, 76 peratus responden menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat dan mereka akan memilih calon tempatan sebagai wakil mereka. Parti yang memperjuangkan isu pembangunan dan kemiskinan menjadi pilihan utama mereka dan berpendapat parti politik tidak boleh menyentuh isu peribadi semasa berkempen. Hasil kajian juga mendapati bahawa konsep “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasi oleh belia. Majoriti responden menyokong polisi dan kepemimpinan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam menerajui pembangunan negara. 66.6 peratus daripada mereka berpandangan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk wakil rakyat dan menteri akan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan. Majoriti daripada belia menyatakan akan memilih calon bekas Menteri Besar (Tan Sri Mohd Isa Samad) walaupun beliau dikaitkan dengan kesalahan disiplin parti dan mereka menjangkakan BN akan mengekalkan kemenangan di DUN Bagan Pinang.

Katakunci: 1 Malaysia, calon pilihanraya, Dewan Undangan Negeri, penyertaan politik, pilihanraya kecil,
tanggapan politik belia

 

This paper analyses the youths’ political perceptions and participation patterns in a by-election held on October 11, 2009 in the state assembly area of Bagan Pinang, Negeri Sembilan, which saw the contest for the 8th time of the ruling BN and the opposition parties . Based on the results of questionnaires and field observations, the study found that 88 percent of youths in the area had access to political information from  television. In terms of candidate selection criteria, 76 percent of respondents chose the candidate whom they deemed friendly and was of local origin. The party which capitalised on the issues of development and  poverty instead of personality during the election campaign was the favoured one. The study also found that the youths regarded the BN’s slogan " One Malaysia: Priority to the People and Achievement" as worthy of  their support. So were the policies and leadership of the Prime Minister and his deputy, in particular, the newly instituted Key Performance Indicators of the members of parliament and of the state and federal ministers. Interestingly, the majority of the youth respondents would opt for a return of the former Chief Minister to power in spite of his previous guilty verdict by the BN’s disciplinary committee.


Keywords: 1 Malaysia, by-elections, election candidates, state assembly, political participation, youth political perception


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.