Analisis tren pemanasan global dan kesannya terhadap aspek dayahuni bandar di Malaysia (The impact of global warming trends on urban livability in Malaysia: An analysis)

Noorazuan Md Hashim

Abstract


Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tren pemanasan global di Malaysia dengan menilai perubahan suhu bandar di antara 1970 hingga 2005. Sebanyak lima stesen klimatologi utama Jabatan Meteorologi Malaysia yang terletak di kawasan bandar telah dipilih untuk kajian ini. Beberapa ujian analisis tren termasuk yang berbentuk linear iaitu garis regresi kuasa dua terkecil dan tidak linear iaitu analisis rank Kruskal-Wallis dan juga Ujian Mann-Kendall telah digunakan. Kajian ini telah mengesahkan bahawa i) ujudnya tren perubahan suhu bandar yang signifikan di Semenanjung Malaysia, ii) stesen bandaraya Kuala Lumpur telah dilihat mempunyai perubahan tren yang paling ketara (5.63oC/100tahun) berbanding stesen bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia dan iii) titik perubahan tren berdasarkan analisis Mann-Kendall tidak menunjukkan ianya berlaku semasa kehadiran episod ENSO yang paling kritikal. Justeru, terdapat kebolehpercayaan yang tinggi untuk mengaitkan faktor pembandaran khususnya kesan pulau haba bandar di dalam mengubah tren suhu sekitaran bandar. Peningkatan suhu bandar akibat pemanasan global dan fenomena pulau haba dijangka berupaya membawa implikasi buruk kepada komuniti bandar di Malaysia. Faktor kekasaran bandar dan fenomena pulau haba telah dilihat sebagai faktor dominan di dalam mempengaruhi meteorologi bandar dan seterusnya mengubah keadaan dan kehadiran cuaca ekstrim (banjir kilat dan kemarau) di kawasan bandar.

Katakunci: bandar, cuaca ekstrim, El Nino, pemanasan global, perubahan iklim, pulau haba

The aim of this investigation is to study the global warming trend in Malaysia and to assess urban temperature variation over the period 1970-2005. Five urban climatology stations were selected and analysed in the course of which several trend analysis tests, namely, the least square regression line, the Kruskall-Wallis test, and the Mann-Kendall test analyses were carried out to detect any significant trend. The most significant results of this investigation were i) a significant change (trend) in urban temperature within 1970-2005; ii) that Kuala Lumpur climatology stations had the highest warming trend with 5.63oC/100 year; and iii) that the trend detection point analysis using Mann-Kendall test did not reveal the change within the onset of the most critical ENSO episode. It was likely that the significant change was related with the impact of the he at island phenomenon in the urban area. Urban surface roughness and heat island phenomenon had been found to be the dominant factors that controlled urban meteorological conditions, changing the onset of extreme weather conditions (such as flash flood and drought) in urban areas.

Keywords: climate change, El Nino, extreme weather, global warming, heat island, urban temperatures


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.