Pemerkasaan wanita desa: Kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah (Empowerment of rural women: A study of Women Economic Group (WEG) of Kuala Teriang, Langkawi, Kedah)

Nur Hafizah Yusoff, Rahimah Abdul Aziz

Abstract


Wanita hari ini bukan sahaja merupakan seorang isteri, ibu ataupun anak, tetapi juga pekerja bagi menjana pendapatan. Peranan wanita dilihat semakin meluas dan mencakupi pelbagai bidang. Jika dahulu, wanita lebih dilihat berperanan dalam hal ehwal rumah tangga seperti menguruskan rumah, melahirkan dan membesarkan anak-anak, kini, peranan wanita semakin kompleks. Wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan negara amnya. Di Malaysia, pembangunan negara yang pesat menyebabkan kos sara hidup keluarga juga meningkat. Harga barangan yang kian meningkat menyebabkan ekonomi keluarga perlu lebih utuh. Oleh yang demikian, jika wanita yang dahulunya adalah hanya suri rumah, kini mereka merasa bertanggungjawab untuk membantu suami menjana pendapatan sampingan demi kesejahteraan keluarga mereka. Artikel ini membincangkan peranan wanita yakni isteri dan ibu dalam membantu suami menambah pendapatan keluarga melalui penglibatan mereka dalam Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW). Kajian dilakukan pada tahun 2009 dengan menggunakan kaedah survei dan temu bual mendalam bagi memperoleh data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa, anggota KEW sememangnya mampu membantu menjana ekonomi keluarga bahkan mereka turut dapat memperkasakan diri mereka melalui pengalaman kerja dan latihan yang diterima.

Katakunci: ekonomi keluarga, Kumpulan Ekonomi Wanita, pemerkasaan, pendapatan sampingan, penglibatan, wanita

Women today are not only a wife, mother or daughter but also an income earner. The role of women is seen to be broad and includes various fields. In the past, the role of women were more visible in the of the household affairs such as doing a house keeping job, giving birth to babies and raising them. Now, the role of women is increasingly complex. Women today are not only capable of generating family incomes but also contribute significantly to country’s economy in general. In Malaysia rapid economic development has consequently incerased family’s cost of living. The cost of basic goods has steadily increased which requires economy of the family to be strengthened. If previuosly women were housewives, today they feel the needs to be more responsible in helping their husbands to earn additional income to sustain the wellfare of their family. The present article discusses the role of women in helping their husbands earning supplementry family income through their involvement in Women Economic Group (WEG). The study was conducted in 2009 using a survey method and in-depth interviews to obtain data and information. Results of the study showed that members of WEG are able to help generate additional family incomes and even capable of empowering themselves through their working experiences and trainings that they have undergone.

Keywords: additional incomes, empowerment, family economy, involvement, women, Women Economic Group


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.