Metodologi kuantitatif dalam mengkomputasi impak sosio-ekonomi perubahan iklim kepada kesihatan manusia (Quantification methodologies in computing the socio-economic impacts of climate change on human health)

Ah Choy Er, Asmahani Atan, Nur Salihah Kassim, Mazrura Sahani

Abstract


Di negara sedang membangun mahupun di negara membangun, penilaian di peringkat nasional bagi potensi kesan perubahan iklim ke atas kesihatan manusia masih terhad. Limitasi juga merangkumi agihan reruang penyakit kesan daripada perubahan iklim. Penilaian di peringkat nasional untuk menilai risiko perubahan iklim memudahkan pembuat dasar mengamalkan respons adaptatif, faedah bersama dan mitigasi. Antara lain, respons adaptatif, faedah bersama dan mitigasi dari segi polisi, strategi dan langkah-langkah perlu dilaksanakan pada masa kini dan juga bagi generasi akan datang demi mengurangkan potensi kesan terhadap kesihatan yang merugikan. Tambahan pula, masih kekurangan kajian atau penilaian di peringkat nasional bagi impak sosio-ekonomi dan kos sosio-ekonomi yang berkaitan akibat perubahan iklim ke atas kesihatan manusia. Berdasarkan literatur yang sedia ada, data dan maklumat berkaitan kesan perubahan iklim ke atas keakhiran kesihatan manusia (health outcomes), dan terutamanya respons masih terhad. Malahan, data dan maklumat berkaitan kuantifikasi impak sosio-ekonomi dalam Ringgit Malaysia masih terhad. Kebanyakan kajian mengenai perubahan iklim dan kesihatan manusia adalah daripada perspektif sains bukan sains sosial. Pada masa yang sama, kajian-kajian berkaitan kuantifikasi sosio-ekonomi dan metodologi yang berkaitan, termasuk proksii, yang dilakukan oleh pengkaji di negara membangun dan negara sedang membangun mungkin tidak relevan dalam konteks Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan mengupas kajian keperpustakaan tentang metodologi untuk mengkuantifikasikan impak sosio-ekonomi perubahan iklim ke atas keakhiran kesihatan manusia.

Katakunci: dasar adaptasi, impak sosio-ekonomi, kaedah mengkuantifikasi, kesihatan manusia, kos penyakit, perubahan iklim

The assessment at national level of potential impacts of climate change on human health is rather limited in developed and developing nations alike. Likewise, there is a lack of research on the spatial distribution of climate change impacts on public health . Given the fact that adverse impacts of climate change do warrant the formulation of adaptation and mitigation policies, strategies and measures, this paper reviews the literature on quantification methodologies of the socio-economic impacts of climate change on human health with the view of assessing their applicability and relevance in the Malaysian public health context. It is hoped that this will contribute to bridging the current research gap with respect to the quantification of socio-economic impacts in Malaysian Ringgit and the lack of the social sciences’ perspectives on the matter.

Keywords: adaptation policies, climate change, cost-of-illness, human health, quantification methodologies, socio-economic impacts

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.