Tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan (Behavior of voters and political choice in the Parliamentary area of Pasir Mas, Kelantan)

Junaidi Awang Besar

Abstract


Abstrak

 

Tingkah laku politik merupakan tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Perlakuan politik membawa kepada pilihan atau sokongan pengundi kepada calon atau parti politik dalam pilihan raya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu kajian kepustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kawasan Parlimen Pasir Mas. Hasil kajian mendapati bagi tingkah laku pengundian di kawasan Parlimen Pasir Mas menunjukkan bahawa pendekatan teori pilihan rasional lebih dominan berbanding teori identifikasi parti dan model sosiologi. Ini menunjukkan bahawa pengundi di Parlimen Pasir Mas lebih mengutamakan kepentingan kepada kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan ekonomi, kebajikan, pembangunan dan kemudahan awam terutama bagi pengundi muda. Pilihan politik responden memihak kepada PAS di Parlimen Pasir Mas dan juga Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, mereka masih memerlukan kedua-dua parti ini iaitu Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Persekutuan/BN untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi dan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas. Justeru adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memastikan permasalahan rakyat dijadikan keutamaan untuk diselesaikan melalui polisi sosioekonomi yang sesuai.

Kata kunci: aktiviti politik, parti politik, partisipasi, persepsi, pilihan raya, tingkah laku politik

 

Abstract

 

Political behavior is one's actions against political activities that include perception; and participation in political activities. Political behavior leads to a voter selection or support for candidate or political parties in the elections. Thus, this study was undertaken to investigate the behavior of voters and political choice in the parliamentary constituency of Pasir Mas, Kelantan. Several methods have been used, namely the literature review, field observations and questionnaires to 300 respondents in Pasir Mas parliamentary constituency area. The study found that voting behavior in the constituency of Pasir Mas showed that rational choice theory approach more dominant than party identification theory and the model of sociology. This suggests that voters in Pasir Mas are giving priority to their livelihood interest, especially those related to the economy, welfare, development and public facilities, especially amongst the young voters. Political preferences of respondents in favor of PAS in Pasir Mas and also Kelantan. However, they still need the two parties, namely PAS Kelantan Government and the Federal Government/BN to resolve the socio-economic and political problems in the constituency of Pasir Mas. Hence it is the responsibility of the authorities to ensure that the people should be a priority issue to be resolved through appropriate socio-economic policies.

Keywords: political activities, political parties, participation, perception, election, political behavior

 

https://doi.org/10.17576/geo-2017-1303-10


Full Text:

PDF

References


Abdul Hamid Abdullah (1995) Ragam pengundi di Malaysia: Satu tinjauan awal. Kertas seminar anjuran Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ahmad Fawzi Mohd Basri (1995) Pilihan Raya Umum 1995: Mandat baru menjelang 2000. Dewan Masyarakat, Mei.

Brown GK (2005) Playing the (non) ethnic card: The electoral system and the ethnic voting patterns in Malaysia. Ethnopolitics. 4(4): 429-445.

Campbell A, Converse P, Miller W, Stokes D (1960) The American voter. University of Chicago Press, Chicago.

Downs A (1957) An economic theory of democracy. Harper and Row, New York.

Funston NJ (1980) Malay politic in Malaysia: A study of the United Malays National Organization and Party Islam. Heinemann Educational Books (Asia) Ltd, Singapore.

Ghazali Mayudin (1999) Teori sains politik pilihan: aplikasinya dalam konteks Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Ismail Kassim (1979) Race politics and moderation: A study of the Malaysian election process. Times Book International, Singapore.

Johnson AT (1980) Electoral consequences of neighborhood improvement project. Urban Affairs Quarterly 16, 109-116.

Junaidi Awang Besar (2012) Persepsi politik dan trend pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang. Malaysia Journal of Society and Space 8, 61-70.

Junaidi Awang Besar (2017a) Pengaruh identifikasi parti dan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar 2016. The 6th International Conference on Public Policy and Social Science (ICOPS 2017). Organized by Faculty of Adzeministrative Science and Policy Studies, UiTM Kedah Branch and Faculty of Administrative Science and Policy Studies, UiTM Cawangan Negeri Sembilan. TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah, Malaysia. 8-10 March.

Junaidi Awang Besar (2017b) Status quo penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan Melalui Strategi Politik Pembangunan. Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar (MATRA) 2017. Anjuran: Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dengan Kerjasama: Persatuan Kebangsaan Geografi Malaysia dan Kelab Geografi USM. 23-24 Februari.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali (2009) Pembangunan dan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, Kelantan 2009. Kertas Kerja Seminar Malindo-Nusantara (I) di The Hills Bukittinggi Hotel, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Universitas Andalas (UNAND), Padang, Sumatera Barat, Indonesia. 16-17 Disember.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali (2016) Peranan pengundi melayu dalam pengukuhan hegemoni politik UMNO dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau. Dlm. Maslida Yusof, Mohamad Rodzi Abd Razak, Mohammed Azlan Mis & Yusmilayati Yunos (Eds.). Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah, politik dan keselamatan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Fuad Mat Jali (2014) Analisis Pilihan Raya Kecil (PRK) 2013-2014 di Malaysia dengan menggunakan Pendekatan Teori Pilihan Rasional, Teori Identifikasi Parti dan Model Sosiologi. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia Ke-8 (PAHMI8) (The 8th International Conference on Malaysia-Indonesia Relations). Anjuran dan Tempat: Fakultas Hukum, Universitas Lancang Kuning (Unilak), Pekanbaru, Riau, Indonesia. 23-25 September.

Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain, Mohd Fuad Mat Jali, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Hazim Abd Ghani (2015a) Calon lama vs calon muda dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh 2015. Kertas Kerja 2nd International Conference on Human Sustainability (INSAN 2015). The Royale Bintang Resort and Spa, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Faculty of Science, Technology and Human Development, University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. 19-20 Oktober.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Novel Lyndon, Sity Daud (2015b) Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) dan persepsi pengundi terhadap dasar kerajaan: Kajian kes Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Malaysia Journal of Society and Space 11, 78-89.

Lazarsfeld PF, Berelson B, Gaudet H. (1948) The people's choice: How the voter makes up his mind in a presidential campaign. Columbia University Press, New York.

Martin Holland (1992) Electoral behaviour in New Zealand. Oxford University Press, Auckland.

Mc Gee TG (1962) The Malayan elections of 1959: A study in electoral geography. The Journal of Tropical Geography 16, 70-99.

Mohd Azri Ibrahim (2013) Pilihan raya dan tingkah laku pengundi: Kajian kes terhadap Wilayah Persekutuan Labuan (Tesis PhD). Bangi: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar (2006) Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir, Kelantan: Petanda BN menguasai Kelantan. Dlm. Stanislaus Sandarupa. Prosiding Seminar bersama Universiti Hasanuddin dan Universitas Kebangsaan Malaysia. Kemelayuan Indonesia dan Malaysia. Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia.

Samsiyah Ismail (1996) Tingkah laku pengundi bandar dan luar bandar bagi pilihan raya 1986, 1990, 1995 di Negeri Kelantan. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Vasil RK (1972) The Malaysian general election of 1969. Oxford University Press, Singapore.

Walsh F (1979) Time-lag in political geography. Area 11, 91-92.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.