Keperluan masyarakat miskin desa dalam program pembangunan desa di Kecamatan Kuantan Mudik, Provinsi Riau, Indonesia (The needs of the poor in the rural development program in Kuantan Mudik District, Riau Province, Indonesia.)

Rodi Wahyudi, Mahendra Romus, Jalaluddin Abd Malek, Rusdi ., Muammar Alkadafi, Mashuri .

Abstract


Kegagalan program pembangunan desa seringkali disebabkan oleh ketidakseimbangan antara keperluan masyarakat miskin dengan program pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan jenis program pembangunan yang sesuai mengikut keperluan masyarakat miskin desa. Kajian dijalankan di Kecamatan Kuantan Mudik yang terdiri daripada enam desa, iaitu Desa Luai, Desa Rantau Sialang, Desa Kasang, Desa Pebaun Hulu, Desa Saik dan Desa Pantai. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 22 item program pembangunan. Kajian melibatkan 76 orang responden yang dipilih secara rawak. Data dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai min paling tinggi dan nilai min paling rendah daripada keseluruhan item yang diukur. Hasil kajian menunjukkan bahawa 18 item termasuk dalam kategori tinggi dan hanya dua item program pembangunan termasuk kategori sederhana. Hasil kajian mendapati program pembangunan yang paling diperlukan masyarakat miskin desa adalah bantuan rumah layak huni, bantuan pendidikan, bantuan benih dan peralatan teknologi pertanian serta jaminan kesihatan secara percuma. Dapatan kajian membuktikan semakin rendah tingkat pendapatan masyarakat desa, semakin tinggi keinginan mereka untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Implikasi kajian menyarankan bahawa polisi pembangunan sebaiknya diarahkan kepada perkara yang menjadi keperluan masyarakat miskin agar program pembangunan desa yang dijalankan memberi manfaat terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat miskin desa.

 

Kata kunci: kemiskinan, kualiti hidup, masyarakat desa, masyarakat miskin, polisi, program pembangunan 


Abstract

 

The failure of the rural development program is often caused by the mismatch between the needs of the poor and the development program scheme by the government. Therefore, this article discusses the types of development programs that are inline with the needs of the poor. The study was conducted in Kuantan Mudik District which consists of six villages, i.e. Luai Village, Rantau Sialang Village, Kasang Village, Pebaun Hulu Village, Saik Village, and Pantai Village. Data was collected using a questionnaire consisted of 22 items on development program, and involved 76 randomly selected respondents. The data was analysed using descriptive statistical test to measure the highest and lowest mean values of all items. Result showed that out of 20 items of development programs measured, 18 items were classified in the high category, while only 2 items of development programs were classified in the medium category. It was also found that the most needed development program to the rural poor were the livelihood assistance, educational assistance, seed aid and agricultural technology equipment and free health insurance. To conclude, the lower the income level of the rural communities, the higher their willingness to get help from the government. This research suggest that the development program policy should addressed the needs of the poor in order to maximise the benefit of the program to improve the quality of life of the rural communities.

 

Keywords: poverty, quality of life, rural community, poor community, policy, development program


Full Text:

PDF

References


Ace Partadiredja. (1986). Perhitungan pendapatan nasional. Jakarta, Penerbit LP3S.

Batten, T. R. (1957). Communities and their development. London, Oxford University Press.

Boyle, P. G. (1981). Planning better program. New York, McGraw-Hill Book Company.

Franklyn, L. (1985). Popular participation in planning for basic needs: concept, methods and practices. Aldershot, England, Grower Publishing Company. Inc.

Hamsiah Kasimin. (1996). Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PRRT) yang bersepadu satu analisis daripada pandangan pengurusan sibernetiks. Dlm. Chamhuri Siwar & Nor Aini Idris (Eds.), Kemiskinan dalam arus pembangunan ekonomi Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haris Abd Wahab. (2004). Penglibatan masyarakat tempatan dalam projek pembangunan komuniti. Dlm. Dani Salleh (Eds.), Pembangunan komuniti: Dasar, konsep, strategi dan isu di Malaysia. Sintok, Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Hillery, G. A. (1955). Defenitions of community: Areas of agreement, Rural Sociology, 20,111-123.

Ishak Shari. (2000). Pembangunan dan ketidaksetaraan pendapatan: Pencapaian dan cabaran masa depan. Dlm. Abdul Rahman Embong (Eds.), Negara pasaran dan pemodenan Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Irma Fitriana, Andi Setiawan & Alfiyatur Rahmawati. (2017). Pembangunan desa berbasis potensi lokal agrowisata di Desa Bumiaji, Kota Batu, Jawa Timur. Politik Indonesia: Indonesian Political Science Review, 2(1), 46-64.

Kementerian Dalam Negeri Republik Indonesia. (2015). Rencana strategis Kementerian Dalam Negeri tahun 2015-2019. Jakarta, Pusdatin.

Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi. (2014). rencana awal rencana strategis Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi 2015-2019. Jakarta, Perpustakaan Bappenas.

Made Heny, Urmila Dewi, Chafid Fandeli, & Baiquni, M. (2013). Pengembangan desa wisata berbasis partisipasi masyarakat lokal di Desa Wisata Jatiluwih Tabanan, Bali. Jurnal Kawistara, 3(2), 117-226.

Mazdi Marzuki, Rosmiza M. Z., Jabil Mapjabil, & Nur Kalsom Md Isa. (2016). Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu. Malaysian Journal of Society and Space, 12(12), 63-76.

Mowforth, M., & Munt, I. (1998). Tourism and sustainability: New tourism in the third world. London, Routledge.

Mukerji, B. (1961). Community development in India. Calcutta, Orient Logmans.

New Economics Foundation. (1998). Participation work! 21 techniques of community participation for the 21 st. century. London, New Economics Foundation.

Noor Rahamah Abu Bakar, & Abd Hair Awang. (2005).Pembangunan sosio-ekonomi komuniti desa di Daerah Kuala Selangor dan Kabupaten Tangerang. Bengkel penyelidikan bersama Malaysia-Indonesia: Perbandingan pembangunan komuniti pada 17-18 November 2005 di Sudut Wacana, ATMA, UKM Bangi.

Rodi Wahyudi. (2008). Komuniti desa cemerlang: Penyertaan komuniti dan peranan kerajaan di Kampung Kundang Kuala Langat, Selangor. (Tesis Master). Bangi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Setty, E. D. (1994). Participatory rural development in Asia: a critical analysis. New Delhi, Inter-India Publications.

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2016). Petunjuk penggunaan ICT dan persepsi masyarakat terhadap penggunaan ICT dalam kalangan usahawan wanita luar bandar. Malaysian Journal of Society and Space, 12(13), 50-60.

Tamam Achda. (2004). Mendahulukan yang tertinggal (2), laporan studi penjajakan kebutuhan program adopsi desa miskin di Jawa Barat. Jakarta, Penerbit Pusat Pemberdayaan Masyarakat Universitas Nasional.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.