Program AZAM Tani dalam mewujudkan pendapatan kedua isi rumah komuniti miskin di Seberang Perai (AZAM tani programme to provide secondary income for poor household in Seberang Perai)

Mohd Hudzairi Mansor Mohd Nadzir, Mohd Yusof Hussain, Zaimah R

Abstract


Abstrak

 

Pembasmian kemiskinan telah menjadi salah satu agenda kerajaan semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Sejak itu, pelbagai program pembasmian kemiskinan telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Hal ini adalah kerana kebimbangan kerajaan kepada isu kemiskinan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, suatu program telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2010 iaitu Program AZAM Tani. Pelaksanaan program AZAM Tani dilihat sebagai satu impak positif kepada komuniti miskin. Namun begitu, adakah perlaksanaan AZAM Tani dapat membantu pesertanya memperoleh pendapatan tambahan. Oleh itu, objektif utama kajian ialah mengenalpasti sejauhmana program AZAM Tani berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kedua kepada pesertanya. Selain itu, kajian ingin melihat hubungan di antara pengetahuan, kemahiran dan daya saing peserta dengan pelaksanaan program AZAM Tani. Kajian dilakukan di di Seberang Perai. Kajian menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah bancian digunakan dalam kajian yang melibatkan 54 orang responden. Hasil kajian mendapati 70 peratus responden telah berjaya mewujudkan pekerjaan kedua selepas mereka menyertai program AZAM Tani. Hasil ujian korelasi spearman menunjukkan hubungan yang positif di antara pengetahuan, kemahiran dan daya saing peserta dengan pelaksanaan program AZAM Tani. Implikasinya, program AZAM Tani berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kedua dan ini membantu petani meningkatkan pendapatan mereka. Dalam masa yang sama, aspek pengetahuan, kemahiran dan daya saing peserta AZAM Tani perlu diberi perhatian dalam setiap program pembangunan komuniti akan datang kerana mempunyai hubungan positif dengan kejayaan program yang dilaksanakan.

 

Kata kunci: program AZAM tani, komuniti miskin, petani, pendapatan, pekerjaan kedua

  

Abstract

 

Eradication of poverty has become one of the government's agenda since the implementation of the New Economic Policy. Since then, various poverty eradication programs have been implemented by government agencies and non-governmental organizations. This is because of the government's concern for the issue of poverty and the well-being of the people. Thus, the AZAM Tani program was implemented by the government in 2010. The implementation of the AZAM Tani program is seen as providing positive impact on the poor community. However, there is concern on whether the implementation of AZAM Tani can help participants to earn additional income. Hence, the main objective of this study is to identify the extent to which the AZAM Tani program has successfully created a second job opportunity for its participants. Additionally, the study wanted to see the relationship between knowledge, skills and competitiveness of participants with the implementation of the AZAM Tani program. This study was conducted in Seberang Perai. The study uses a combination of quantitative and qualitative approaches. The survey method was used and involving 54 respondents. The findings show that 70 percent of respondents succeeded in creating a second job compared to just six percent before joining AZAM Tani. In addition, the Spearman correlation test also shows that the amount of income difference has a positive relationship with the combination of program implementation, knowledge, skills and competitiveness. If viewed through knowledge, the respondents are able to perform the second job. This can be seen as a positive association between knowledge and program implementation.

 

Keywords: AZAM Tani program, poor community, peasant, income, second job


Full Text:

PDF

References


Abdullah Al-Mamun, Joseph Adaikalam & Mohammad Nurul Huda Mazumder. (2012). Examining the effect of Amanah Ikhtiar Malaysia’s microcredit program on microenterprise assets in rural Malaysia. Asian Social Science, 8(4), 272-280.

Alain de Janvry & Elisabeth Sadoulet. (2002). World poverty and the role of agricultural technology: Direct and indirect effects. Journal of Development Studies, 38(4), 1-26.

Asnarulkhadi Abi Samah. (1988). KEMAS, Pembangunan Komuniti dan Kemiskinan: Satu kajian kes di Daerah Jasin, Melaka. Ijazah Sarjana Falsafah, Institut Pengajian Tinggi, Univerisiti Malaya.

Bonye, Z.S & Aasoglenang, A.T. (2013). Community development in Ghana: Theory and practice. Journal of Economics and Development Studies, 43-59.

BRIM. Retrieved from: http://www.br1m.info/ekasih

Gurpreet Kaur & Jasdeep Kaur Dhami. (2013). Export performance of agro based industries in Punjab: A special reference to rice industry. Innovative Journal of Business and Management, 2(2), 30-33.

Hairi Abdullah. (1984). Kemiskinan dan kehidupan golongan rendah. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haris Adb. Wahab. (1996). Penglibatan peserta dalam program pembangunan komuniti di Kampung Buloh, Kelantan (Tesis Sarjana Sains), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia.

Ishak Shaari. (1990). Ekonomi Nelayan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jomo K.S. (1991). Fishing for trouble: Malaysian fisheries, sustainable development and inequality. Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Retrieved from: http://www.moa.gov.my

Luthfi Fatah. (2007). The potentials of agro-industry for growth promotion and equality improvement in Indonesia. Asian Journal of Agriculture and Development, 3(1), 1-17.

Malaysia. (1995). Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6), 1991-1995.

Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9), 2006-2010.

Minten, B. & Barrett. C.B. (2008). Agricultural technology, productivity and poverty in Madagascar. Elsevier, 36(5), 797-822.

Mohammad Raduan Mohd Ariff, Mazlan Majid & Yeap Hock Lai. (2009). penilaian semula program pembasmian kemiskinan nelayan tradisional di Sabah: Kajian kes di daerah Kota Belud. Borneo Research Journal, 3, 93-114.

Noor Rahamah Hj Abu Bakar & Abd Hair Awang. (2012). Memperkasakan komuniti desa melalui aktiviti keusahawanan. Dlm. Junaenah Sulehan & Noor Rahamah Hj Abu Bakar (pnyt.). Penyertaan dan Pemerkasaan Komuniti Desa Malaysia-Indonesia, hlm. 23-39. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Diana Mohd Idris & Chamhuri Siwar. (2015). From poverty reduction to poverty relief: Impact of non-farm income in Integrated Agriculture Development Area (IADA) Samarahan, Sarawak, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 11(1), 32-41.

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak. Retrieved from: http://www.prk.icu.gov.my/ v3/index.php/layout1/252

Rajeev Sharma & Gurpreet Singh. (2015). Access to modern agricultural technologies and farmer household welfare: Evidence from India. Sage Journal: Millennial Asia, 6(1), 19-43.

Rizki Adriadi Ghiffar. (2016). Development of eucalyptus oil agro-industries in Kabupaten Buru. Science Direct: Procedia-Social and Behavioral Sciences 227, 815-823.

Syuhada Abd. Halim, Doris Padmini Selvaratnam & Norlaila Abu Bakar. (2013). Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia VIII. Dasar awam dalam era transformasi ekonomi: cabaran dan halatuju, 1340-1351. Johor Baharu. 7-9 Jun. Retrieved from: http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_5B3.pdf.

Tanvir Mahmud Hossain & Eleni Papadopoulou. (2010). Competitive capacity and export potential of agro-processing industries under the trade liberalization regime of Bangladesh. Asian Journal of Food and Agro-Industry, 3(4), 400-419.

Theodori, G. L. (2008). Constraints to the development of community. Journal of the Community Development Society, 39(2), 91-110.

Weinberger, K. & Lumpkin, T.A. (2007). Diversification into horticulture and poverty reduction: A research agenda. Journal World Development, 35(8), 1464-1480.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.