Amalan kesihatan wanita orang Asli Temuan di Kampung Kachau Luar, Semenyih, Selangor (Health practices among females orang Asli Temuan, Kampung Kachau Luar, Selangor Malaysia)

Nur Fadillah Mohamed, Doris Padmini Selvaratnam

Abstract


Pengukuran utama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat adalah melalui penjagaan kesihatan terutama dalam kalangan wanita. Mekanisme ini penting bagi merealisasikan generasi yang sihat pada masa akan datang. Kesihatan yang baik akan mendorong kepada penyediaan tenaga kerja yang sihat dalam sesebuah negara. Pendekatan pengetahuan penjagaan kesihatan terutamanya bagi golongan wanita Orang Asli perlu diberi penekanan agar mereka mendapat manfaat yang secukupnya seiring dengan wanita dalam arus perdana yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. Biasanya, jika terdapat peningkatan kesedaran penjagaan kesihatan yang baik dalam kalangan wanita, aspek penjagaan kesihatan ini akan turut mengalami proses sosialisasi dengan orang lain dalam persekitarannya, iaitu ahli keluarga, saudara mara dan jiran terdekat. Kajian ini ialah bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap wanita Orang Asli dalam mengamalkan penjagaan kesihatan yang optimum dan menganalisis kesediaan mereka dalam penjagaan kesihatan. Gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik, temubual dan pemerhatian yang melibatkan 32 orang responden wanita di penempatan Orang Asli di Kampung Kachau Luar. Hasil kajian mendapati bahawa kesihatan wanita adalah tinggi dan penemuan ini selari dengan peratusan majoriti yang prihatin terhadap peranan penjagaan kesihatan dan peranan vaksin tersebut. Implikasi kajian adalah perubatan tradisional dan penggunaan herba dalam komuniti Orang Asli perlu diiktiraf dan diformalkan kerana amalan penjagaan kesihatan secara tradisional ternyata membantu Orang Asli kekal pada tahap kesihatan yang baik. Di samping itu, perubatan tradisional dan penggunaan herba perlu juga didokumentasi terlebih dahulu bagi tujuan pengkomersialan agar dapat melengkapi perubatan moden dan membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat.

Kata kunci: amalan, kesihatan, kesediaan, perubatan tradisional, sikap, wanita

The main measurement in improving the standard of living of the people is through healthcare, especially among women. This is important to ensure a healthy generation in the future. Good health will lead to healthy workforce in a country. The approach to health care knowledge, especially for Orang Asli women, should be emphasized so that Orang Asli women will also benefit significantly alongside women in the mainstream economy of urban and rural areas. Moreover, if there is an increase in awareness of good health care among women, this aspect of health care will also undergo socialization process with others within their living environment, i.e. family members, affiliates and neighbours. The objective of this study is to identify the level of attitude of the Orang Asli women in practicing optimum health care and to analyze the readiness of Orang Asli women towards good health care. The research method involves a combination of qualitative and quantitative approaches with questionnaire, interviews and observations applied to 32 women respondents at Orang Asli settlements in Kampung Kachau Luar. The finding shows that the women's health score is high and this finding is congruent with the percentage of the majority who are concerned about the role of health care and role of the vaccine. The implication of the study is traditional medicine and the use of herbs among the Orang Asli communities should be recognized and formalized as these traditional practices seem to help them to sustain their general health. Besides that, these tradisional practices need to be documented and commercialized to complement modern medicine and help to reduce the cost of living of the public.

Keywords: practices, health, readiness, traditional medicine, attitudes, women  


Full Text:

PDF

References


Berita Harian. (2017). Peruntukan RM 110 juta mampu ubah penempatan orang Asli. Retrieved from http://www.bharian.com.my.

Berita Harian. (2017). Peruntukan untuk kesihatan naik kepada 26.5 billion. Retrieved from http://www.bharian.com.my.

Chadha, N., Chadha, V., Ross, S., & Sydora, B.C. (2016). Experience of menopause in aboriginal women: A systematic review. Climacteric, 19(1), 17-26.

Colonius Atang, & Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli. (2014). Peranan wanita luar bandar dalam melestarikan institusi kekeluargaan. Seminar Kebangsaan Intergriti Keluarga 2014. Kota Kinabalu, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

Hartini, Y., Geishamimi, G., Mariam, A.Z., Mohamed-Kamel, A.G., Hidayatul, F.O., & Ismarul, Y.I. (2013). Distribution of intestinal parasitic infections amongst aborigine children at Post Sungai Rual, Kelantan, Malaysia. Tropical Biomedicine, 30(4), 586-601.

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. (2016). Laporan Tahunan. Retrieved from

http://www.jakoa.gov.my.

Lim Hwei Mian & Chee Heng Leng. (1998). Nutritional status and reproductive health of orang Asli women in two village in Kuantan, Pahang. Malaysian Journal of Nutrition, 4(1), 31-54.

Hesham Al-Mekhlafi, M., Johari Surin, Atiya, A.S., Arifin, W.A., Mohammed Mahdy A.K., & Che Abdullah, H. (2008). Anaemia and iron deficiency anaemia among aboriginal schoolchildren in rural Peninsular Malaysia: An update on a continuing problem. Transaction of Royal Society of Tropical Medicine and Hygiene, 102, 1046-1052.

Nor Haidanadia Hasni, Mustaffa Omar, Sharina Abdul Halim & Nurasyikin Ghazali. (2016). Ancaman sekuriti makanan terhadap komuniti Lanoh: Kajian kes di Kampungan Air Bah, Lenggong Perak. Journal of Social Science and Humanities Special Issue, 2, 143-159.

Park, K. (2015). Definition of health, park's textbook of preventive and social medicine, (23th edition). India, Prem Nagar.

Osman Ali & Zaleha Md Isa. (1995). Nutritional status of women and children in Malaysian rural populations. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition, 4(3), 19-324.

Rosliza, A.M., & Muhammad, H.J. (2011). Knowledge, Attitude and Practice on Antenatal Care among Orang Asli in Women in Jempol, Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Public Health Medicine, 11(2), 13-21.

The Malaysian Insight. (2017). Bajet 2018 bukti kesihatan rakyat diutamakan. Retrieved from: http://themalaysianinsight.com.

Wan Afizi Wan Hanafi, Hanifah Mahat, Noraziah Ali, & Halida Baharuldin. (2015). Taraf kesihatan wanita orang Asli di Tanah Tinggi Cameron: Kajian kes di Kem Brinchang dan Kampung Leryar, Ringlet, Pahang. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 3(2), 1-13.

Zuraira Libasin, Azlina Mohd Mydin, Wan Anisha Wan Mohammad, & Rafizah Kechil. (2017). Kajian literatur: Manfaat makanan sunnah dari perspektif Islam. International Academic Research Journal of Social Science, 3(2), 172-178.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.