Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak (Pesta makan tahun a social activity for the Kedayan ethnic in Limbang, Sarawak)

Nur Afifah Vanitha Abdullah, Nur Haidatul Atirah Hasnan

Abstract


Makan Tahun atau kenduri kesyukuran adalah satu amalan tradisi tahunan kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Warga bukan Kedayan turut terlibat sama dalam penganjurannya walaupun ia adalah satu amalan ritual. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti proses aktiviti Makan Tahun dan penglibatan masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan dalam menganjurkan program ini dengan menjayanya. Bagi tujuan tersebut, penganjuran Makan Tahun dari tahun 2015 sehingga tahun 2022 dipilih sebagai kajian kes. Rekabentuk kajian fundamental dirangka dengan mengaplikasi kaedah kualitatif untuk memperolehi data bagi kajian ini. Manakala instrumen kajian ini adalah kaedah perpustakaan, pemerhatian turut serta dan temubual. Informan kajian ini terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi penganjuran program Makan Tahun dari tahun 2015 dan 2022, seperti ketua-ketua kaum dan ketua-ketua kampung di Limbang. Konsep ‘the nest’ dalam ‘teori persembahan’ (2003) Schechner, R. diaplikasi sebagai kerangka analisis bagi mengenalpasti proses dan peranan masyarakat Limbang dalam menganjurkan Pesta Makan Tahun. Dapatan kajian ini adalah, masyarakat Kedayan masih kuat berpegang kepada budaya bermesyuarat, bekerjasama, dan bergotong royong dalam menyempurnakan acara ini. Semua ahli masyarakat terlibat dalam proses pra persembahan, berkumpul, mementaskan dan bersurai. Keempat-empat proses ini juga membuktikan bahawa masyarakat Kedayan masih teguh meneruskan amalan tradisi dari segi ritual dan budaya mereka. Penganjuran Pesta Makan Tahun berskala besar ini adalah satu kaedah bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan. Kaum Kedayan bertindak sebagai tonggak utama penganjuran Makan Tahun, sementara kaum-kaum lain memainkan peranan sampingan bagi menyokong kejayaan acara ini.

 

Kata kunci: Kedayan, Limbang, Makan Tahun, ritual, Sarawak, the nest

 

Makan Tahun or the thanksgiving feast is an annual tradition among the Kedayan community in Limbang, Sarawak. Although it is a ritual ceremony, non Kedayan community members also participate in this event. Thus, this article aims to examine the Makan Tahun process and participation of the Kedayan and non-Kedayan members in organising the event sucessfully. The 2018 till the 2022 Makan Tahun was made the case study of this article. A fundamental research design with qualitative approach was employed to collect data for this research. Meanwhile library research, participatory observation and interview were employed as research instruments. Informants for this study were the members of the main committee of 2018 and 2022, besides community leaders, and village heads in Limbang. “The Nest” concept proposed by Schechner, R., in his “Performance Theory” (2003) was also employed as analysis framework to identify the processes and roles performed by society members of Limbang in realising the Makan Tahun event. The findings in this article are all members of the Limbang society still practice meetings, teamwork and gotong royong in accomplishing the Makan Tahun. All members of society are involved throughout the pre performance, gathering, staging and disburse process. All these process proofs that the Kedayan uphold strongly to their tradition and culture. This event is a social agent to bring together the Kedayan and Non-Kedayan.  The Kedayan are heavily involved in the entire Makan Tahun performance process, while the non Kedayan members play supporting roles to ensure the success of this event.

 

Keywords: Kedayan, Limbang, Makan Tahun, ritual, Sarawak, the nest

 


Keywords


Kedayan, Limbang, Makan Tahun, ritual, Sarawak, the nest (Kedayan, Limbang, Makan Tahun, ritual, Sarawak, the nest)

Full Text:

PDF

References


Abdullah, N. A. (2011). Persembahan Bangsawan Di Sarawak. Kota Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak Publisher.

Abdullah, N. A., Idris, Z. & Bahari, S. (2018). Persembahan ritual Makan Tahun masyarakat Kadayan. Dalam Nur Afifah & Y. Yusmiyati, Etos dan ekspresi budaya Melayu (ms. 55-71). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah, N.A. (2021). Gong dalam kehidupan golongan aristokrat Sebup, Kenyah di Sarawak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 17(2), 286-297.

Abdullah, R. A. (2022). Pesta Kedayan Limbang. Temu bual. 20 Oktober.

Abdul Rahman, H. (2022). Gotong-royong kaum Kedayan semasa Pesta Makan Tahun. Temu bual. 19 Oktober.

Aiza, R. & Hakim, M. (2017). Dinamika hijrah masyarakat Kedayan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue, 4(2017), 44-56.

Awang Pawi, A. A. (2013). Weltanschauung dan manifestasi kepercayaan tradisi etnik di Sarawak. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6(2), 139-154.

Bagol, S. (2022). Asal Usul Kedayan di Limbang dan Adat Makan Tahun Kedayan di Limbang. Temu bual. 24 September.

Laman Facebook Persatuan Kedayan, Limbang. (2022). Foto pesta Makan Tahun https://m.facebook.com/p ersatuankedayanlimbang/

Maulana, M. (2011). Ritual Makan Tahun Tradisi Masyarakat Kedayan, Sarawak. Jurnal Manusia dan Masyarakat, 20, 19-47.

Maulana, M. (2012). Ritual ‘Makan Tahun’ Masyarakat Kedayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Bekenu, Sarawak [Unpublished Master dissertation, Universiti Putra Malayia].

Maulana, M. & Yatim, O. (2012). Simbol dalam Makan Tahun masyarakat Kedayan, Sarawak. Jurnal Melayu. 9(2012), 259-287.

Mohat, S. (2023). Makan Tahun Kedayan di Limbang. Temu bual. 15 Januari.

Mumin, Y. (2022). Kaum Kedayan dan Upacara Makan Tahun. Temu bual. 29 Ogos.

Naim@Ahmad. (2022). Makan Tahun Kampung Patiambun 2018. Temu Bual. 20 September.

Portal Rasmi Majlis Daerah Limbang, (2022). Data Jumlah penduduk derah dan populasi etnik Kedayan di Limbang, Sarawak. Retrieved from https://limbangdc.sarawak.gov.my/web/home/index/

Puasa, A. R. (2022). Proses Persiapan Makan Tahun Kedayan di Limbang. Temu Bual. 1 Oktober.

Puasa, M. (2022). Makan Tahun dan Aktiviti Kesenian Kedayan. Temu Bual. 26 Disember.

Radio Televisyen Malaysia. (2018). Bingkisan Makan Tahun Perdana: Temu ramah Sulaiman Adi. Selamat Pagi Malaysia. Limbang, Sarawak.

Said, S. (2009). Dahulu Terasing Kini Terjalin Bahagian Limbang. Pejabat Residen Bahagian Limbang. Limbang, Sarawak.

Salleh, M. S. (2015). Stratifikasi sosial dan identiti dalam kalangan komuniti Kedayan di Sarawak [Unpublished PHD dissertation, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Salleh, M.S. & Abdullah, N.A. (2021). Amalan Angkikiat masyarakat Murut Paluan di Sabah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 18(2), 75-89.

Schechner, R. (2003). Performance theory. Routledge.

Schechner, R. (2013). Performance studies: An introduction. Routledge.

Siti, N. (2023). Busana Tradisi Kaum Kedayan. Temu bual. 3 Januari.

Siti, S. (2022). Kuih Muih Tradisi Kaum Kedayan dan Jamuan Pesta Makan Tahun. Temu bual. 19 Disember.

Tinggal, A.B. (2023). Makan Tahun Kedayan di Limbang. Temu bual. 8 Januari.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.