Kecenderungan Politik Pengundi Muda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di P125 Parlimen Putrajaya (Young Voter’s Political Tendencies in the 15th General Election (GE15) in P125 Putrajaya Parliamentary Constituency)

Norhafiza Mohd Hed, Nur Afrina Mohd Zin

Abstract


Kerajaan telah membuat beberapa inisiatif penting untuk menggalakkan penglibatan politik belia iaitu dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan melaksanakan langkah drastik dengan meluluskan pindaan Perlembagaan berhubung Undi 18 sebelum PRU15. Namun, muncul pelbagai isu menjelang PRU15 seperti isu rasuah, pengangguran, kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan belia terutamanya di bandar. Oleh itu, artikel ini mengkaji kecenderungan pengundi muda dalam memilih parti politik pada PRU15 di P125 Parlimen Putrajaya. Pendekatan kuantitatif digunakan bagi mengumpulkan data. Instrumen soal selidik diedarkan secara rawak kepada 377 orang belia di Putrajaya. Data ini dianalisis secara deskriptif menerusi analisis min dan peratusan menggunakan perisian SPSS 27.0. Dapatan kajian ini menemukan tiga dapatan utama. Pertama, hasil analisis menunjukkan pengundi muda cenderung memilih parti politik yang dipercayai dapat membentuk kerajaan selepas PRU15. Kedua, ketokohan pemimpin politik, terutamanya pemimpin yang berpengalaman merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi pemilihan parti politik. Ketiga, saluran ekonomi seperti bantuan kewangan amat penting dalam menarik sokongan pengundi muda di parlimen ini. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi besar kerana ianya menyediakan profil pengundi muda dan kecenderungan politik sebagai usaha yang boleh dilakukan oleh parti politik untuk menarik sokongan mereka pada pilihan raya.


Keywords


belia; kecenderungan; memilih; parti politik; PRU-15; Putrajaya

Full Text:

PDF

References


Abdul Hadi, S., Amaludin, A. R., & Ku Hasnita, K. S. (2013). Persepsi belia terhadap parti politik dan tahap penglibatan politik di Selangor. Malaysian Journal of Youth Studies, 9, 107-120.

Berita Harian. (2022). PRU15: Saluran anak muda ‘tumbangkan’ Ku Nan di Putrajaya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028899/pru15-saluran-anak-muda-tumbangkan-ku-nan-di-putrajaya

Campbell, A., Converse, P. E, Miller, W. E. & Stokes, D. E. (1960). The American voter. New York: John Wiley Sons

Downs, A. (1957). An economy theory of democracy. New York: Harper Collins.

Hamid, S. N., & Ibrahim, Z. (2022). Youth disillusionment and political realignment in Malaysia's electoral landscape. Journal of Asian Studies, 81(3), 543-567.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Wilayah Persekutuan Putrajaya. https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/125-newsletter-infographics/1648-scdp-putrajaya#gallery045336720b

Junaidi, A. B. (2023). Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15: Pola sokongan pengundi berdasarkan faktor kewilayahan. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 20(1), 164-176.

Junaidi, A. B., Mohd Fuad, M. J., Yahaya, I., Khaidzir, I., Abdul Halim, S., Noor Aziah, M. A. (2012). Persepsi belia terhadap isu politik dan dasar kerajaan Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 7, 136-156.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

Landell, K. (1977). Management by menu. London: Wiley and Sons.

Malaysiakini. (2022). Pilihan Raya Umum Malaysia 2022: Perbandingan manifesto. https://newslab.malaysiakini.com/ge15/ms/manifesto/

Marzudi, M. Y., Azrie, A., & Rohaidah, H. (2022) Memperkasa aspirasi ekonomi dan gaya belia Melayu: Faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 18 (3), 200-215.

Mohd Nizar, S., Mohd Fuad, M. J., Junaidi, A. B. (2017). Kerelevanan calon muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14. The 2nd International Conference on Communication, Media, Information Technology, Environment, Tourism, Economics, Politics, Arts and Heritage (ICDETAH 2017). Kuala Terengganu, Malaysia.

Mohd Azmir, M. N., & Afi Roshezry, A. B. (2024). Persepsi pengundi muda terhadap memes politik, undi18 dan isu-isu 3R pasca Pilihan Raya Umum 15. Sains Insani, 9(1), 56-61.

Mohd Azmir, M. N., & Sabri, M. S. (2020). Undi 18: Belia dan politik konvensional. Sains Insani, 5(1), 180-186.

Mohd Mahadee, I., Zatul Himmah, A., & Mohd Sobhi, I. (2023). Kecenderungan pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15. Jebat: Malaysian History, Politics and Strategic Studies, 50(2), 224-240.

Norhafiza, M. H. (2017). The dynamics of youth political participation in Southeast Asia: The case of Malaysia. PhD Thesis. University of Sheffield, United Kingdom.

Norhafiza, M. H., & Grasso, M. T. (2019). Age group differences in political activism in Malaysia. Journal of Youth Studies, 23(6), 765–779.

Nur Ellyanis, M. B., & Junaidi, A. B. (2020). Politik belia dan Pilihan Raya Umum Ke-14 di Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 17(7), 49-65.

Ramli, D., Nordin, S., Wan Shawaluddin, W. H., Marja Azlima, O., & Adi, J. (2018). Peranan belia dan PRU-14 di Sabah: Kajian kes di P.188 Silam. Jurnal Kinabalu, Edisi Khas, 319-349.

Sudan Ajang. (2020). Belia berperanan penting teruskan kepimpinan negara. Utusan Borneo. https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/16/belia-berperanan-penting-teruska n-kepimpinan-negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya. (2022). Semakan keputusan Pilihan Raya. https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/keputusan/pru

Utusan Malaysia. (2022). 21 juta pengundi pilih kerajaan baharu. https://www.utusan.com.my/berita/2022/11/21-juta-pengundi-pilih-kerajaan-baharu/

Utusan Malaysia. (2022). Radzi kemuka 50 tawaran buat warga Putrajaya. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/radzi-kemuka-50-tawaran-buat-warga-putrajaya/

Weiss, M. L. (2021). Youth and political engagement in Malaysia: Emerging trends and future prospects. Southeast Asian Affairs, 1(1), 213-234.

Yazid, S., Siti Noranizahhafizah, B., Hanifah, M., Mohmadisa, H., Nasir, N., Saiyidatina Balkhis, N., & Samsudin, S. (2020). Pola sokongan pengundi muda sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 di Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 16 (1), 80-94.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.