Sistem Khilafah Pada Zaman Mamluk dan Analisis Terhadap Para Khalifah Dari 872H/1468M Sehingga 922H/1517M

Wan Kamal Mujani

Abstract


Artikel ini bermatlamat untuk meninjau kesinambungan dan kelangsungan Khilafah „Abbasiyah di Mesir pada zaman kerajaan Mamluk setelah Khilafah „Abbasiyyah berakhir di Baghdad pada 656H/1258M. Artikel ini juga bertujuan untuk mengkaji kedudukan dan kuasa para khalifah pada masa tersebut terutamanya dalam tempoh 872H/1468M-922H/1517M. Setelah tiga tahun setengah dunia Islam tidak mempunyai khalifah, sistem khilafah ini kemudiannya dihidupkan semula oleh Sultan al-Zahir Baybars pada 659H/1261M. Sejak itulah Khilafah „Abbasiyyah diteruskan di Mesir sehinggalah kejatuhan kesultanan Mamluk di tangan kerajaan „Uthmaniyyah pada 922H/1517M. Artikel yang menggunakan sumber-sumber primer serta sekunder ini mendapati bahawa Khilafah „Abbasiyyah pada zaman Mamluk Jarkashi ialah kesinambungan daripada Khilafah „Abbasiyyah yang diwujudkan semula pada zaman Mamluk Turki. Para sultan Mamluk Jarkashi hanyalah meneruskan tradisi khilafah tersebut tanpa membuat sebarang perubahan terhadap kedudukan atau kuasa para khalifah. Dalam tempoh 872H/1468M sehingga 922H/1517M, terdapat seramai empat orang individu yang dilantik sebagai khalifah. Mereka adalah daripada keturunan al-Hakim bi Amr Allah. Maklumat-maklumat daripada sumber primer juga menunjukkan bahawa para khalifah pada zaman kerajaan Mamluk adalah lemah dan mereka tidak terlibat dalam sebarang keputusan untuk mengesahkan polis kerajaan. Malah kehidupan mereka adalah dikuasai oleh para sultan yang menanggung kos sara hidup mereka.Ini membuatkan para khalifah tersebut berada di dalam keadaan yang „sukar‟.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.