‘Umran Al ‘Alam Dari Perspektif Ibn Khaldun: Suatu Anjakan Paradigma

Mahayudin Hj Yahaya

Abstract


Kajian ini mengemukakan suatu terjemahan baharu, berbeza dari terjemahan-terjemahan sebelum ini, mengenai istilah `umran yang memberi maksud “kemakmuran” dan `umran al-`alam “kemakmuran sejagat”. Isu terjemahan adalah penting kerana ilmu `umran(teori `umran) merupakan asas kepada pemikiran induk Ibn Khaldun. Dalam usaha mencari sebab-sebab serta punca-punca utama berlakunya krisis yang melanda negara Maghribi pada abad ke-14M. Ibn Khaldun telah membentuk suatu konsep umum mengenai masyarakat serta perencanaannya secara menyeluruh. Perencanaan ini tertakluk pada ketentuan hukum alam semesta yang melibatkan ekosistem dan masyarakat; inilah yang dikatakan `umran al-`alam‟. Bakat dan kebolehan Ibn Khaldun tidak pernah kering dan kita hanya dapat memahaminya setelah kita mendekatinya dari perspektif yang pelbagai dengan mengembalikan dan membentuk semula keharmonian dan kesatuannya yang sebenar. Namun begitu, masih tidak memadai dengan hanya memahami konsep serwa jagat, tetapi kita mesti memahami reka bentuk atau struktur binaan induknya dan diaplikasikan dalam kehidupan hari ini. Pada ketika itulah pemikiran Ibn Khaldun dapat difahami dengan sebenar-benarnya. Kertas ini akan membincangkan konsep `umran dari sudut filologi iaitu bermula dari kehidupan desa(`umran badawi) kepada kehidupan kota (`umran hadari). Setelah itu kita akan melihat pula bagaimana Ibn Khaldun mengaplikasikan konsep tersebut kepada kehidupan serwa jagat sepertimana yang beliau lihat. Dari situ Ibn Khaldun dapat tahu dengan jelas bahawa `umran bukanlah suatu produk yang statik tetapi suatu proses yang dinamik. Di sinilah letaknya nilai sebenar pemikiran Ibn Khaldun mengenai `umran sama sepertimana yang kita fahami tentang kemakmuran hidup hari ini, iaitu tidak semestinya hidup di kota.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.