Al-Tabari, Thabit Ibn Sinan dan Teori Masadir dalam Historiografi Miskawayh

Azmul Fahimi Kamaruzaman

Abstract


Artikel ini bertujuan menteorikan kewujudan masadir (sumber) sejarah dari karya alTabari dan Thabit Ibn Sinan yang digunakan Miskawayh untuk membentuk penulisan Tajarib al-Umam. Kedua-dua karya tersebut dirujuk dan diterapkan sebagai masadir dalam Tajarib. Miskawayh mengaplikasi metode mukhtasar (ringkasan) yang menolak penggunaan teknik isnad serta menerapkan sumber tersebut sebagai sebahagian kandungan dalam bahagian sejarah universal. Menggunakan metode analisis dokumen, perbincangan mendapati bahawa Miskawayh tidak mengaplikasi teknik isnad dan memilih sumber yang selektif untuk dicatatkan dalam Tajarib. Proses pemilihan dilakukan kerana matlamat historiografi Miskawayh adalah untuk menyampaikan kepada pembaca hanya peristiwa sejarah yang bersifat tajribah (pengalaman).

Kata Kunci: al-Tabari; Thabit Ibn Sinan; Masadir; Historiografi Miskawayh

 

DOI: 10.22583/ijwas.2016.08.01.06

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.