THE CONCEPT OF PREPOSING AND POSTPOSING IN SURAH AL-MULK ACCORDING TO FADIL SALIH AL-SAMIRRA’I [KONSEP PENDEPANAN DAN PENGAKHIRAN DALAM SURAH AL-MULK MENURUT FADIL SALIH AL-SAMIRRA’I]

Muhammad Anas Alias, Md Nor Abdullah

Abstract


I‘jaz al-Qur’an merupakan keajaiban berterusan yang dapat disaksikan kebenarannya sepanjang zaman. Ia dapat diketahui berdasarkan tahap pemikiran seseorang terhadap aspek-aspek tertentu. I‘jaz al-Qur’an merangkumi beberapa aspek iaitu aspek sains, bahasa, pensyariatan, bilangan dan psikologi (Norazamudin, 2012). Aspek paling agung dalam i‘jaz al-Qur’an ialah aspek bahasa (i‘jaz Bayani) yang meliputi pelbagai dimensi ilmu linguistik. Antara dimensi menjadi perhatian sarjana Balaghah dalam menyingkap rahsia kehebatan bahasa al-Qur’an adalah dimensi gaya bahasa. Dalam tulisan ini, pengkaji cuba mencungkil salah satu gaya bahasa yang terdapat dalam surah al-Mulk. Gaya bahasa Pendepanan (التقديم) dan Pengakhiran (التأخير) menjadi pilihan pengkaji kerana ia mempunyai peranan penting dalam menentukan ketepatan makna terhadap kontekstual teks. Berdasarkan pemerhatian kajian literatur lepas, pengkaji belum menjumpai kajian gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam Surah al-Mulk yang menggunakan pendekatan analisis tematik berdasarkan konsep digarap oleh Fadil Salih al-Samirra’i dalam karyanya al-Ta‘bir al-Qur’ani. Oleh yang demikian, pengkaji cuba menganalisis gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam Surah al-Mulk menggunakan kaedah analisis tematik. Kaedah tersebut berpandukan pengklasifikasian yang dibuat oleh Fadil Salih al-Samirra’i. Hasil kajian mendapati dalam kategori pendepanan melibatkan agen fleksi (‘amil), sebanyak lima ayat gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran yang mewakili aspek pendepanan kasus genitif jar. Terdapat satu ayat dalam kategori ini yang mengandungi dua aspek pendepanan kasus genitif jar dan aspek kedudukan. Manakala kategori pendepanan tanpa agen fleksi (‘amil), terdapat empat ayat mewakili aspek kedudukan termasuk dua ayat mempunyai aspek tambahan istifham tawbikhi. Hal ini menunjukkan kepentingan peranan gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran sangat kritikal bagi menggapai makna tepat kepada sasaran konteks.

 

Kata kunci: balaghah, retorik, bahasa Arab, gaya bahasa, pendepanan, pengakhiran, Surah al-Mulk, Fadil Salih al-Samirra’i

  

I‘jaz al-Qur’an is a continuous miracle whose truth can be witnessed throughout the ages. It can be known based on one's level of thinking on certain aspects. I‘jaz al-Qur’an covers several aspects namely as an aspects of science, language, legislation, numbers, and psychology (Norazamudin, 2012). The greatest aspect in i‘jaz al-Qur’an is the aspect of language (i‘jaz Bayani) which covers various dimension of linguistics. One of dimension that grabbed Balaghah scholar’s attention in revealing the secret of the greatness’s language of the Qur’an is the dimension of language style. In this paper, the researcher tries to reveal one of the language styles found in Surah al-Mulk. The styles of preposing (التقديم) and postposing (التأخير) have been chosen as played an important role in determining the accuracy meaning of the context in text. Based on the observation of previous literature review, a study of the language style of preposing and postposing in Surah al-Mulk which uses a thematic analysis approach based on the concept worked on by Fadil Salih al-Samirra’i in his book al-Ta‘bir al-Qur’ani has not been found by researcher. Therefore, the researcher tries to analyze the style of preposing and postposing in Surah al-Mulk using the thematic analysis method. The method is based on the classification made by Fadil Salih al-Samirra’i. The results of the study found that in the category of preposing involving flexi agent (amil), there are five verses of preposing and postposing style that represents the aspect of the genitive jar. There is one verse in this category that contains two aspects of genitive jar and an aspect of position. While the category of preposing without a flexi agent (amil), there are four verses representing the positional aspect including two additional verses aspect of Istifham Taubikhi. This shows that importance of the role preposing and postposing style is very critical to obtain exact meaning to the particular context.

 

Keyword: balaghah, rethoric, Arabic, language style, preposing, postposing, Surah al-Mulk, Fadil Salih al-Samirra’i


Full Text:

PDF

References


al-Qur’an al-Karim.

Abdullah Muhammad Basmeih. (2013). Tafsir Pimpinan al-Rahman. Seri Kembangan: Darul Fikir.

Ahmad Kamal Embong. (2019). Analisis Gaya Bahasa al-Ijaz dan al-Itnab dalam Surah al-Kahf. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aziah Tajudin & Mohd Fazli Tajuid. (2016). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ghannam, Muhammad Fawwaz Arsan. (1993). Uslub al-Taqdim wa Ta’khir fi al-Qur’an al-Karim ‘ala Ra’y ‘Abd al-Qahir al-Jurjani. ‘Amman: Jami‘ah Urduniyyah.

al-Jurjani, ‘Abd al-Qahir. (2000). Dala’il al-I‘jaz. Dar al-Salam: Maktabah al-Usrah.

Mohd Azidan Abdul Jabar. (2011). Analisis Wacana Arab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Musiri, Munir Mahmud. (2005). Dalalat al-Taqdim wa al-Ta’khir fi al-Qur’an al-Karim Dirasat Tahliliyyah. al-Qahirah: Maktabah Wahbah.

Norazamudin Umar. (2012). Analisis Struktur Ayat dalam Surah Maryam: Satu Kajian I‘jaz al-Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nur Shahirah Zolkanain & Md Nor Abdullah. (2019). Estetik Taqdim dan Ta’khir dalam Surah al-Baqarah. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 2(3), 85-92.

Nurdianto, Talqis. (2017). Mafhum al-Taqdim wa al-Ta’khir bayn ‘Abd al-Qahir al-Jurjani wa al-Sakkakiy. The Malaysian Jurnal of Islamic Sciences. 19

Qasim, Riyad Mahmud Jabir. (2015). al-Zawahir al-Balaghiyyah fi Surah al-Mulk Dirasat Tafsiriyyah Tahliliyyah. Majallah al-Jami‘ah al-Islamiyyah li al-Dirasat al-Islamiyyah. 23(1), 177-220.

Qutb, Sayyid Ibrahim Husayn. (2000). Tafsir Fi Zilal al-Quran. Terj. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Salahuddin Abdullah & Omar Khalid. (2009), Tafsir Mubin: Juzuk 26-30. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Samirra’i, Fadil Salih. (2006). al-Ta‘bir al-Qur’ani. Oman: Dar al-Ammar.

al-Sha‘rawi, Muhammad Mutawalli. (1991). al-Sha‘rawi. al-Qahirah: Dar al-Akhbar al-Yawm.

Shaykhun, Mahmud. (t.th.). Asrar al-Taqdim wa al-Ta’khir fi Lughah al-Quran. al-Qahirah: Dar-Hidayah.

al-Zamakhshari, Abu al-Qasim Mahmud. (2009). Tafsir al-Kashshaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil. Bayrut: Dar al-Ma‘rifah.

al-Zarkashi, Badruddin. (t.th.). al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an. al-Qahirah: Maktabah Dar al-Turath.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.