[THE DAʿWAH APPROACH IN HILAL ASYRAF’S NOVEL NIRNAMA BASED ON PERSUASIVE DAʿWAH METHODS] PENDEKATAN DAKWAH DALAM NOVEL ‘NIRNAMA’ KARYA HILAL ASYRAF BERDASARKAN METODE PEMBUJUKAN DAKWAH

Nur Amalin Abd Aziz, Firuz-Akhtar Lubis

Abstract


Abstrak

Dalam dunia sastera moden, cerita rakyat sering diberi nafas baharu bagi menyampaikan mesej yang lebih segar dan mendalam. Novel ‘Nirnama’ karya Hilal Asyraf merupakan satu usaha kreatif yang bukan sahaja mengangkat kembali tokoh-tokoh cerita rakyat seperti Mat Jenin, Si Tanggang, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang, malah menggabungkan unsur dakwah Islam dalam naratif mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan dakwah yang digunakan oleh watak utama, Nirnama, dalam mendepani polemik dalaman bagi watak Nadim, Puteri Sejinjang dan Puteri Santubong, serta menilai kesan pendekatan dakwah terhadap proses keinsafan dan taubat mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah Kajian Kes dan Analisis Teks. Metodologi berpandukan Model Pembujukan Dakwah yang digariskan oleh Nor Raudah Siren (2015 ) melalui pendekatan dakwah dalam Surah al-Naḥl ayat 125, iaitu al-ḥikmah, al-mauʿiẓah al-ḥasanah dan al-mujādalah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah Nirnama berupaya menembusi konflik batin watak-watak mad‘u, mendorong mereka ke arah refleksi diri dan akhirnya memilih jalan taubat. Kajian ini membuktikan bahawa dakwah dalam karya sastera bukan sekadar hiasan, tetapi mampu membina nilai spiritual dan moral dalam jiwa pembaca, khususnya melalui adaptasi kisah-kisah rakyat yang dekat dengan budaya tempatan.

Kata Kunci: Dakwah, Novel Nirnama, Hilal Asyraf, Cerita Rakyat, Polemik.

Abstract

In the realm of modern literature, folktales are often revitalized to convey fresher and more profound messages. Nirnama, a novel by Hilal Asyraf, represents a creative effort that not only reintroduces well-known folkloric figures such as Mat Jenin, Si Tanggang, Puteri Santubong, and Puteri Sejinjang but also integrates Islamic da’wah elements into their narratives. This study aims to analyze the da’wah approaches employed by the protagonist, Nirnama, in addressing the internal conflicts faced by the characters Nadim, Puteri Sejinjang, and Puteri Santubong, as well as to evaluate the impact of these approaches on their processes of repentance and spiritual awakening. The study adopts a qualitative approach through Case Study and Textual Analysis methods. The methodology is guided by Nor Raudah Siren’s (2015) Model of Da’wah Persuasion, derived from Surah al-Naḥl (16:125), encompassing the approaches of al-ḥikmah (wisdom), al-mauʿiẓah al-ḥasanah (good counsel), and al-mujādalah (gentle debate). The findings reveal that Nirnama’s da’wah approach successfully penetrates the inner conflicts of the mad‘u characters, leading them towards self-reflection and ultimately repentance. This study demonstrates that da’wah in literary works is not merely ornamental but has the potential to cultivate spiritual and moral values within readers, particularly through the adaptation of folktales that resonate deeply with local culture.

Keywords: Da’wah, Nirnama Novel, Hilal Asyraf, Folklore, Conflict.


Full Text:

PDF

References


Abd Hadi Borham, Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, Wahyu Hidayat Abdullah. t.th. Faktor-Faktor Tarikan Dalam Metod Dakwah: Satu Sorotan Literatur. Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Alfiyah, Linggua Sanjaya Usop, Misnawati, Alifiah Nurachmana & Paul Diman. (2023). Nilai-Nilai Religius Dalam Novel Buya Hamka Karya Ahmad Fuadi. Jurnal Pendidikan, Bahasa, Sastra, Seni, Budaya dan Sosial Humaniora.

Dersa Yuditia. (2020). Skripsi: Estetika Islam Dalam Novel Kembara Rindu Karya Habiburrahman El Shirazy.

Erlina Widya Rahma, Ulia Ni’matul Muyassaroh & Ana Siti Faridatul Bahiyyah. (2022). Analisis Nilai Moral Pada Tokoh Utama Wanita Dalam Novel Cahaya Cinta Pesantren Karya Ira Madan. Jurnal Inovasi Pendidikan. Vol 1(3): 152-157.

Fatmawati. (2022). Representasi Nilai Pendidikan Akhlak Tasawuf Dalam Novel Kembara Rindu Karya Habiburrahman El Shirazy. Jurnal Penelitian Pendidikan Agama dan Keagamaan, 20(1), 2022, 15-25.

Fazrul Ismail, Tarmizi Abdul Rahman & Tirmizi Ali. (2020). Nota My Qurantime Juzuk 1.

Firuz-akhtar Lubis & Nurul Farahana Azman. (2021). Aspek akhlak berdasarkan konsep pembangunan Insan dalam travelog Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah. Malay Literature, 34(2), 281‒314. http://doi.org.10.37052/ml34(2)no7.

Haziq Absyir. (2014). Biodata Hilal Asyraf. https://www.scribd.com/doc/236048018/Hilal-Asyraf

Hilal Asyraf. (2020). Nirnama. Hilal Asyraf Resources.

Kamariah Kamarudin. (2016). Tazkiyah Al-Nafs Dalam Novel Pasir Lintang.

Mohd Fahmi Ismail, Salmah Jan & Mohd Sharifudin Yusop. (2015). Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu sebagai Cerminan Kebudayaan Melayu.

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, Mohd Muhaimi Abdul Rahman & Muammar Ghaddafi Hanafiah. (2024). Metode Dakwah Syeikh Hamzah Fansuri Dalam Manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160). Jurnal Melayu Vol. 23 (1).

Muhammad Nur Al-Hakim & Mohd Firdaus. (2020). Cerminan Nilai-Nilai Islam Dalam Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia: Satu Pendekatan Takmilah. Journal of Business and Social Development. Vol 9 (1), March 2021: 51-62.

Muhammad Nur Al-Hakim, Mohd Firdaus, Siti Fatimah & Siti Aishah. (2021). Polemik Dalam Cerita Rakyat Sebagai Medium Pendidikan Moral Kepada Kanak-Kanak. Jurnal Melayu Bil.20 (2) 2021.

Nadia Ishak and Kamariah Kamarudin. (2019). Aspek dakwah dalam novel Suriati berdasarkan pendekatan dahwah teori Pengkaedah Melayu. Malay Literature 32(1), 116-144.

Nor Dalilah Zakaria & Raihanah Azahari. (2022). Menghayati Nilai Iman, Islam dan Ihsan dalam Mendepani Cabaran Kontemporari.

Nor Raudah Siren.(2015). Retorik Penulisan Dakwah. Penerbit Universiti Malaya.

Nurul Ainie Nawawi,Siti Jamiaah Abdul Jalil, Fariza Md Sham.(2022). Pengamalan Agama Berdasarkan Konsep Al-Falah terhadap Remaja. Jurnal Pengajian Islam. Vol.15(1):11-28.

Nurul Farhana & Firuz Akhtar. (2021). Peranan Akidah Dan Penghayatan Ibadah Dalam Catatan Kembara ‘pelukis Jalanan’ Dan ‘arkitek Jalanan’ Karya Teme Abdullah Berdasarkan Konsep Pembangunan Insan. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 pp. 240-258.

Osman Ayob, Roslan Chin, Tuan Rosmawati Raja Hassan. (2020). Analisis Dakwah Dalam Cerpen-Cerpen Terpilih Rejab F.I. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, Vol.8, (2): Budiman Writers Association of Malaysia (BUDIMAN).

Rosli Abd Manas, A.Halim Ali, Ghazali Din. (2021). Elemen thriller Islam Dalam Novel ‘Bidadari Bermata Bening’ Karya Habirurrahman El-Shirazy, Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9(1), 1-19.

Sayyid Quṭb. (1985). Tafsir Fi Zilal al-Qur’ān. Terj. Yusoff Zaky Yacob. Kota Bahru, Kelantan: Pustaka Aman Press.

Shahnon Ahmad. (1979). Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sharifuddin Ahmad, Mohd Fariz & Mohd Khairulazman. (2024). Hadith-hadith Familiar: Satu Koleksi Untuk Bekalan Pelajar. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan & Mohd Firdaus Che Yaacob. (2023). Akal Budi Dalam Cerita Rakyat Interprestasi Sosiobudaya Kanak-Kanak Dan Remaja. History Journal of Merong Mahawangsa: Vol. 1. (July) 2023: 95-107.

Zulkefli Aini & S. Salahudin Suyurno. (2014). Hubungan Antara Pendakwah Dengan Mad`U Dalam Komunikasi Insan. Conference: Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.