[NEEDS ANALYSIS FOR THE DEVELOPMENT OF GAMIFICATION ELEMENTS IN THE TEACHING AND LEARNING OF BALAGHAH BASED ON THE KURIKULUM BERSEPADU DINI] ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN ELEMEN GAMIFIKASI BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BALAGHAH BERDASARKAN KURIKULUM BERSEPADU DINI

Siti Rosilawati Ramlan, Ghazali Zainuddin, Lubna Abdul Rahman, Wan Azura Wan Ahmad, Mohammad Najib Jaffar, Mohammad Imran Ahmad, Noor Azli Mohamed Masrop

Abstract


Abstrak

Balaghah merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan sekolah menengah agama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya di institusi yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Namun begitu, berdasarkan kajian-kajian lepas, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Antara faktor utama yang dikenal pasti ialah pendekatan pengajaran yang terlalu menekankan aspek definisi dan kaedah, sehingga mengekang minat pelajar terhadap subjek Balaghah. Walaupun pelbagai pendekatan telah diperkenalkan oleh ilmuwan Bahasa Arab bagi menangani isu ini, keberkesanannya masih terhad. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis keperluan pembangunan gamifikasi dalam pembelajaran ilmu al-Bayan yang terkandung dalam Buku Teks Adab wa Balaghah Tingkatan Empat bagi sekolah menengah agama. Kajian ini melibatkan 10 orang guru Bahasa Arab sebagai responden yang dipilih melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil dapatan menunjukkan hampir kesemua responden bersetuju dengan keperluan penerapan elemen gamifikasi dalam pembelajaran Balaghah. Penemuan ini menandakan keperluan mendesak untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih interaktif, fleksibel, serta selaras dengan arus Revolusi Industri 4.0. Pembangunan ini diharapkan dapat menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang berpotensi menyokong pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) serta memperkukuh usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan relevan kepada pelajar masa kini.

Kata kunci: Analisis keperluan, gamifikasi, Balaghah, Kurikulum Bersepadu Dini

Abstract

Balaghah (Arabic rhetoric) is a core subject in Islamic secondary schools under the Ministry of Education Malaysia, particularly those implementing the Integrated Dini Curriculum (Kurikulum Bersepadu Dini, KBD). However, previous studies have shown that students’ achievement in this subject remains unsatisfactory. One of the main contributing factors is a teaching approach that overly emphasizes definitions and rules, thereby limiting students’ interest in Balaghah. Despite various strategies introduced by Arabic language scholars to address this issue, their effectiveness has remained limited. Accordingly, this study aims to analyse the need for developing gamified learning elements for the study of al-Bayan, as presented in the Form Four Adab wa Balaghah textbook used in Islamic secondary schools. The study involved ten Arabic language teachers selected as respondents through semi-structured interviews. The findings indicate that nearly all respondents agreed on the necessity of integrating gamification into Balaghah learning. This highlights the urgent need to incorporate digital technology in teaching and learning processes to create more interactive and flexible experiences aligned with the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0). Such development could serve as a potential teaching aid for the Integrated Dini Curriculum, supporting the Ministry of Education Malaysia’s aspiration to promote 21st Century Learning (PAK-21) and deliver high-quality, future-ready education to students.

Keywords: Needs analysis, gamification, Balaghah, Integrated Dini Curriculum


Full Text:

PDF

References


Abdul Hakim, A., & Mustafa, O. (2016). A prolonged dilemma: Traditional curriculum of Arabic rhetoric (balaghah) in Malaysia. The Social Sciences. 11(6), 1008-1014.

Azhar, M. (2007). Menterjemah budaya retorika Melayu melalui perlaksanaan pengajaran ilmu balaghah Arab dalam kalangan pelajar Melayu. dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-11, 311-326.

Cahyani, A. D. 2016. Gamification Approach to Enhance Students Engagement in Studying Language course. MATEC Web of Conferences, 58, 03006. doi:10.1051/matecconf/20165803006

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). The "what" and "why" of goal pursuits: Human needs and the self-determination of behavior. Psychological Inquiry, 11(4), 227–268.

Deterding, S., Dixon, D., Khaled, R., & Nacke, L. (2011). From game design elements to gamefulness: Defining “gamification”. Proceedings of the 15th International Academic MindTrek Conference, 9–15.

Fairosnita Ibrahim & Kamarul Shukri Mat Teh. 2015. Pengaruh Permainan Bahasa Terhadap Motivasi Murid Sekolah Rendah Dalam Pembelajaran Perbendaharaan Kata Bahasa Arab. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1 (2): 41– 50.

Furdu, I., Tomozei, C. & Kose, U. 2017. Pros and Cons Gamification and Gaming in Classroom. BRAIN. Broad Research in Artificial Intelligence and Neuroscience, 8(2): 56-62. Retrieved from https: //www.edusoft/brain/index/article/view.

Geoffery F. C. Lim, Norshamshizar Abdul Jalil, Dayang Suraya Awang Hidup & Marlissa Omar. (2023). Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, vol. 8 (1): 49-67

Godwin-Jones, R. 2014. Games In Language Learning: Opportunities And Challenges. Language Learning & Technology, 18 (182): 9–19. Retrieved from http://llt.msu.edu/issues/june2014/emerging.pdf

Hamari, J., Koivisto, J., & Sarsa, H. (2014). Does gamification work? A literature review of empirical studies on gamification. Proceedings of the 47th Hawaii International Conference on System Sciences, 3025–3034.

Herzig, P., Jugel, K., Momm, C., Ameling, M. & Schill, A. 2013. GaML - A modeling language for gamification. Proceedings - 2013 IEEE/ACM 6th International Conference on Utility and Cloud Computing, UCC 2013, hlm. 494–499. doi:10.1109/UCC.2013.96

Jabatan Agama Islam Selangor. (2019). Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Shah Alam: JAIS. Kee, T. P., Hashim, H. & Sulaiman, N. A. (2021). The Use of Technology in Teaching of Writing Among Malaysian ESL Secondary Schools. Arab World English Journal (AWEJ) Special Issue on CALL Number 7. July 2021

Kolb, D. A. (2015). Experiential Learning: Experience as the Source of Learning and Development (2nd ed.). Pearson Education.

Lee, J. & Hammer, J. 2011. Gamification in Education: What , How , Why Bother? Academic Exchange Quarterly, 15 (2): 1–5. doi:10.1081/E-ELIS3-120043942

Mohamad Syukri, A. R., Muhammad Daoh, Muhammad Redzauddin, G., & Mohd Rufian, I. (2018). Pendekatan pengajaran ilmu balaghah di institusi pengajian tinggi awam Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counselling. 3 (14). June, 48-58.

Nasimah Abdullah, Saifulah Samsudin, Lubna Abdul Rahman, Ahmad Nazeer Zainal Abidin dan Muhammad Adham Hambali. (2023). Analisis Keperluan Pelajar Terhadap Penggunaan Tekknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah al-Quran kepada Bahasa Melayu. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, vol. 10 (2): pp 65-84.

Othman, A. J., Norzan, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37-51.

Subhash, S., & Cudney, E. A. (2018). Gamified learning in higher education: A systematic review of the literature. Computers in Human Behavior, 87, 192–206.

Tanni, Z. A & Amin Mahmoud, A.A. 2012. Using Games to Promote Students ’ Motivation towards Learning English Ahmed Awad Amin Mahmoud. AlQuds Open University Journal for Educational & Psychological Research & Studies, Vol.2, 5:12-33.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.