[ms] Book Review: Tafsir Mawdui: Harta Menurut Perspektif al-Quran oleh (Tafsir Mawdui: Property fom the Perspective of al-Quran by) Muhd Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim & Zulkifli Abd. Mubi

Salasiah Hanin Hamjah

Abstract


Tafsir Mawdui: Harta Menurut Perspektif al-Quran ialah antara buku yang boleh menambah koleksi bacaan dalam bidang tafsir, khususnya tafsir mawdui mengenai harta dan ekonomi Islam. Buku ini dihasilkan atas usaha gigih Muhd. Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim dan Zulkifli Abd. Mubi. Prof. Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir dan Prof. Madya Dr.
Mazlan Ibrahim merupakan tenaga akademik di Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang tafsir dan ‘ulum al-Qur’an, manakala Zulkifli
Abd. Mubi ialah pelajar Sarjana di fakulti yang sama. Penulis memilih tafsir mawdui sebagai domain utama perbincangan dalam buku ini dan tafsir ini merupakan satu metode yang digunakan oleh ahli tafsir dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an. Tafsir mawdui juga dikenali sebagai tafsir tematik kerana penjelasan mengenai sesuatu ayat disusun bergandingan dengan ayat-ayat lain yang mempunyai topik, tema dan subjek yang sama dalam keseluruhan al-Qur’an.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia