[ms] Book Review: Pengajaran & Pembelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah di Malaysia (Teaching & Learning of Al-Qur’an Recitation Secondary School in Malaysia)

Zainab Ismail

Abstract


Buku Pengajaran & Pembelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah di Malaysia ialah sebuah buku yang memuatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan tilawah al-Qur’an. Penerbitan buku ini ialah hasil usaha penyelidikan dan penulisan Mohd Aderi Che Noh yang disusun mengikut sejarah, konsep, amalan dan isu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Qur’an. Dalam kontek Sekolah Menengah di Malaysia, tilawah al-Qur’an ialah satu mata pelajaran Pendidikan Islam yang mampu mencorakkan kemampuan para pelajar Sekolah Menengah untuk membaca dalam tulisan Jawi, menangani masalah buta al-Qur’an dan meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk memahami kandungan al-Qur’an serta ajaran Islam secara keseluruhannya. Masalah buta Jawi, buta al-Qur’an dan tidak memahami kandungan al-Qur’an dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah yang berlaku dalam negara memerlukan para guru mata pelajaran Pendidikan Islam memahami tentang langkah-langkah, amalan, model, teori serta isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Qur’an.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia