[ms] Book Review: A World Without Islam

Badlihisham Mohd Nasir, Nurul Widyamirza Sujan

Abstract


Di tengah-tengah suasana chaotic ini, Graham E. Fuller (seterusnya Fuller), iaitu bekas Pegawai Kanan di Majlis Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat dan dianggap sebagai pakar mengenai masalah Timur Tengah melalui pengalaman kerjayanya di Rand Corporation, telah mencetuskan beberapa persoalan berhubung fenomena tersebut menerusi penulisan beliau, A World Without Islam (2010). Antaranya ialah seperti: bagaimanakah keadaan dunia sekiranya Islam tidak wujud langsung?; apakah dunia tanpa Islam merupakan sebuah dunia yang berbeza daripada dunia hari ini?; adakah tanpa kelahiran Nabi Muhammad SAW dan penyebaran agama Islam hampir ke ¾ bahagian dunia sejak abad ke-7M akan menjadikan dunia hari ini sebuah dunia yang lebih baik?; serta bagaimana pula keadaan dunia tanpa Kristian, Yahudi dan sebagainya? Bagi sesetengah pihak, ia merupakan jawapan kepada kehidupan yang selesa, tiada pertembungan ketamadunan, tiada istilah jihad, tiada pencerobohan dan tiada pengganas. Semua persoalan ini dirungkai secara intensif oleh penulis melalui 14 bab yang dibahagikan kepada tiga bahagian utama dalam penulisan beliau.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia