Tinjauan Kajian-kajian Terawal Mengenai Wahdat al-Adyan (Kesatuan Agama-agama)

Yusri Mohamad Ramli, Mohd Syukri Yeoh Abdullah

Abstract


Kepelbagaian agama adalah salah satu wacana masa kini yang cukup menarik untuk diteliti. Bukan hanya dengan pandangan-pandangan kontroversi para sarjana bidang ini yang dibangkitkan bagi membina naratif dalam menjelaskan hakikat ini, ia turut dikaitkan dengan kelompok para Sufi, bahkan lebih daripada itu, dikatakan bersusur galur daripada pemikiran mereka. Walau apa jua pandangan yang ingin dikemukakan oleh mana-mana pihak, adalah suatu fakta yang sukar untuk dinafikan bahawa dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan mana-mana penganut agama, hanya tokoh-tokoh Sufi menjadi satu-satunya kumpulan yang melontarkan konsepsi mereka secara mapan dan berterusan mengenai kepelbagaian agama. Lalu, tidak menghairankan bila mana ungkapan-ungkapan ekstravaganza mereka sering dikutip bagi menyokong mana-mana konsepsi yang cuba diketengahkan pada masa kini. Perhatian para sarjana mengenai gagasan para Sufi tentang wahdat al-adyan atau kesatuan antara agama ini bukanlah perkara yang baharu, bahkan telah lama didahului melalui pelbagai pengkajian. Berasaskan hakikat ini, artikel ini mengemukakan hasil tinjauan yang dilakukan dengan merumus dan mensintesis segala perhatian dan pandangan pengkaji terdahulu mengenai isu ini. Untuk tulisan ini, usaha ke arahnya dimulakan dengan kajian-kajian terawal yang dirintis oleh para sarjana yang menyinggung mengenai hal ini sebelum dilanjutkan kajian-kajian terkemudian dalam ruang penulisan yang lain pada kesempatan yang akan datang. Selain menjadi paparan sebahagian hasil dapatan penyelidikan peringkat kedoktoran yang mencermati topik ini, coretan ini juga diharapkan dapat menjadi batu loncatan yang menyokong kajian-kajian mendatang dalam menghasilkan dapatan baru dalam wacana kesarjanaan mengenai wahdat al-adyan.

A Review of Early Literatures on Wahdat al-Adyan (Unity of Religions)

Religious pluralism is one of the current discussions that deserves attention. Despite controversial views from experts on this field in constructing their narrative that describes this phenomenon, it could not escape from the idea that it is related to or even originated from the Muslim Sufis. Whatever standpoint might interest any, it would be no doubt that the Sufis is the only Muslim group within and without that firmly and consistently expound their conception on religious plurality. It is not surprised to see many of their extravagant utterances oftenly quoted to gain support and recognition for any current thought and supposition. It is actually has been quite a while that this Sufi conception that also known as wahdat al-adyan or the unity of religions attracted a kind of interest from scholars of Sufism. This article therefore attempts to review their works that relevant to the conception. In this article, the focus will be solely directed to the early literatures whereas contemporary discussion will be continued by another forthcoming article in the future. Apart from being a glimpse of exposition for my doctoral research, this piece of writing aimed to be one of the stepping stones to the further studies in this area.


Keywords


Hubungan antara agama; kepelbagaian agama: kesatuan agama-agama; wahdat al-adyan; tasawuf

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia