Idea Sejarah Tanbih dalam Historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin Karya Syeikh Ahmad al-Fatani
Abstract
Artikel ini menganalisis idea sejarah tanbih dalam kerangka historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani. Syeikh Ahmad adalah seorang sarjana serba boleh dari rantau Nusantara yang menjalani proses pengajian di Timur Tengah. Beliau menghasilkan sebuah adikarya bertajuk Hadiqat al-Azhar yang turut mengandungi falsafah sejarah tentang tanbih atau peringatan. Fokus penulisan ini adalah untuk mencerakinkan falsafah sejarah Syeikh Ahmad dan pengaplikasiannya dalam Hadiqat al-Azhar. Penulisan ini mengaplikasi pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan dan kajian historiografi terhadap Hadiqat al-Azhar sebagai teks kajian. Hasil kajian mendapati idea sejarah tanbih Syeikh Ahmad adalah adaptasi daripada konsep cibrah dalam historiografi Islam. Tujuan dan aplikasi idea sejarah tanbih juga bertujuan untuk mendidik masyarakat Melayu melalui naratif sejarah yang dianggap dekat
dengan mereka, bertujuan menyegarkan dan mengingatkan semula mereka terhadap perkara yang sudahpun diketahui. Penggunaan konsep ini juga terangkum melalui penulisan sembilan tema sejarah dalam kitab Hadiqat al-Azhar.
The Tanbih Idea of History in Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin’s Historiography of Syeikh Ahmad al-Fatani
This article analyse the tanbih idea of history in the historiographical framework of Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin by Syeikh Ahmad al-Fatani. Syeikh Ahmad was a versatile scholar from Malay Archipelago who spent most of his academic life around the Middle East. He produced an important masterpiece known as Hadiqat al-Azhar in which contained his philosophy of history pertaining the idea of tanbih or commemoration.The focus of this writing is to analyse Syeikh Ahmad’s philosophy of history and its application in historiography of Hadiqat al-Azhar. This writing
applied the qualitative approach through content analysis and historiographical research with Hadiqat al-Azhar as the researched text. The results showed that tanbih idea of history is the adoption from the concept of cibrah in Islamic historiography. The purpose and application of tanbih idea of history also aims to educate Malay society through historical narratives which is close to them, refresh and remind them back to things that they already know. The use of this concept also synchronized through the sorting of nine themes in historiographical contents of Hadiqat al-Azhar.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia