Memacu Pendidikan di Era Revolusi Industri 4.0: Penerapan Nilai-nilai Islam dan Inovasi dalam Pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi

`Adlina Abdul Khalil, Mohamad Khairi Hj. Othman, Mohd. Kasri Saidon

Abstract


Pendidikan tinggi negara menghadapi perubahan seiring dengan proses transformasi Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara 2020 iaitu untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran, berdaya saing dan mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam alam kerjaya nanti. Perubahan sikap dalam diri pelajar untuk menerima inovasi pengajaran dan pengukuhan nilai-nilai Islam akan dapat membantu melahirkan golongan pelajar yang cemerlang akademik dan terpelihara saksiah dirinya. Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana penerimaan para pensyarah dan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi terhadap Revolusi Industri 4.0 dan bagaimana nilai-nilai Islam dimasukkan dalam konteks pengajaran agar ia selari dengan ajaran Islam dalam mengejar arus pembangunan teknologi. Dalam konteks penerimaan pelajar terhadap transformasi pendidikan tinggi, impak inovasi dalam pengajaran terhadap motivasi diri pelajar turut dilihat dalam kajian. Data diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual. Kaedah penyelidikan adalah kaedah kualitatif dan data dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah dan pelajar bersedia menghadapi perubahan teknologi kerana mereka sentiasa mengikuti perubahan teknologi terkini. Data turut menunjukkan sikap pelajar berubah kepada nilai-nilai yang positif disebabkan penggunaan teknologi. Aplikasi teknologi dan penerangan tentang nilai-nilai murni tidak diabaikan kerana wujud kesedaran dalam kalangan pensyarah tentang peri pentingnya pelajar yang mempunyai akhlak yang terpuji disamping menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0. 

Driving Education in the Era of the Industrial Revolution 4.0: Implementation Islamic Values and Innovation in Teaching at the Institution of Higher Education

Higher Learning Institution has been changed parallel with the transformation of National  Development Strategic Plan for Higher Learning in 2020. The mission of this policy is to produce students with the ability to overcome barriers, competitive and able to apply knowledge they learnt in university into workforce. The intention of this research is to see how lecturers and students in Higher Learning Institution can adapt to the Industrial Revolution 4.0 changes and how Islamic values been taught in order to make students attitude in line with Islam while coping with the development of technology. Data been collected through fieldwork research by using interview. Technique of the research is qualitative and been analyzed descriptively. The results of this research shown that lecturers and students ready to face the changes of technology because they always follow the latest technology. Furthermore, the lecturers apply and explain to the students on Islamic values  during lectures because they think, although we accepting Industrial Revolution 4.0 we should also observe good manners.


Keywords


Revolusi Industri 4.0; pendidikan; nilai-nilai Islam; inovasi pengajaran; Institusi Pengajian Tinggi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia