Kecaknaan Pengguna Muslim Terhadap Logo Halal

Abdul Razif Zaini, Rosfazila Abd. Rahman

Abstract


Logo halal merupakan simbol penting dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Logo ini menjadi piawaian oleh pengguna dalam menentukan halalnya sesuatu makanan. Dari perspektif pengguna, ia merupakan salah satu instrumen bagi memilih premis makanan dan restoran sebagai destinasi menjamu selera. Walaupun kewujudan logo ini merupakan satu  perkembangan positif bagi umat Islam di Malaysia, namun senario ini menyebabkan masyarakat Islam meletakkan kebergantungan secara total terhadap logo ini dalam pemilihan  restoran. Tahap pengetahuan  dalam menentukan  halal semakin rendah dalam kalangan masyarakat. Masyarakat tiada kemahiran untuk menentukan halalnya sesuatu makanan kerana tahap kebergantungan yang sangat tinggi pada logo tersebut.  Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan menghurai konsep pemakaian logo halal, mengenalpasti kesedaran pengguna terhadap penggunaan logo halal dan menilai tahap kebergantungan pengguna Muslim terhadap logo halal. Rekabentuk kajian adalah tinjauan berbentuk pemerhatian. Pemerhatian secara turut serta dijalankan bagi meneliti, melihat dan meninjau situasi atau kejadian secara kritikal berdasarkan objektif yang dibina. Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti secara khusus.Namun,  pemerhatian ini dipandu satu senarai semak agar pengumpulan data berfokus dan menepati objektif yang ditetapkan. Pemerhatian dibuat ke atas premis-premis makanan yang terdapat di salah sebuah pusat membeli belah utama di lembah Klang. Dapatan yang diperolehi diharap dapat menilai tahap kecaknaan pengguna terhadap penggunaan logo halal di premis-premis makanan di Malaysia. 

Muslim’s Intentions on Halal Logo

The halal logo is an important symbol of the Muslim community in Malaysia especially and around the world. This logo is the standard for consumers in determining the legitimacy of a food. From a consumer perspective, it is one of the instruments for choosing food and restaurant premises as a dining destination. Although the existence of this logo is a positive development for Muslims in Malaysia, this scenario has caused the Muslim community to put their full reliance on this logo in the selection of restaurants. The level of knowledge in determining halal is low among the people. The community lacks the ability to determine the legitimacy of a food because of the high degree of dependence on the logo. Therefore, this study was conducted with the aim of explaining the concept of halal logo use, identifying consumer awareness of the use of halal logo and assessing the level of dependence of Muslim users on the halal logo. The design of the study was the observation-based survey. Participation observation is conducted to critically examine, view and review situations or events based on the objectives established. Unstructured observations are performed without reference to a specific set of activities or aspects. Observations were made on food premises located at one of the major shopping malls in the Klang Valley. The findings are expected to assess the extent to which consumers have been exposed to the use of halal logos in food establishments in Malaysia. 


Keywords


Halal; logo halal; Halal JAKIM; pemakaian logo halal; kecaknaan pengguna muslim

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia